Monday, September 30, 2019

Sakit satu badan mengejar masa.

Sakit satu badan mengejar masa. Hari Sabtu 28.9.19 hari aku siram pokok orkid dgn air baja resipi aku sendiri. Dah 3 hari badan ini masih sakit. Nak jalan pun susah. Tapi pagi tadi sempat pergi shopping orkid di pasar pagi  Isnin 30 .9.19. sihat pula masa beli. Bila balik rumah sakit datang baliklah.  Banyak masa nak kena taken care utk orkid seri bulanku. Walau yg tinggal sudah sedikit. Tapi kasih sayang ku masih tebal. Semoga yg hidup itu terus sihat. Tunggulah seabad aku sanggup mengasuh mereka.
Sebagaimana orkid ku yg lalu. Ada setahun baru berbunga. Ada yg terus rip. Tak den nak tengok kembangnya.
 Aku nak kongsi cerita tentang pokok anggur ku. Oleh kerana buat kolam mini utk anakku. Maka pokok anggur ku mati. Jadi aku beli lain. Cuma rm 20.00 dah besar pun sekarang. Yg asal ingat mati rupa rupanya hidup juga dgn subur sekali.

Sangat meminati anggur. Tapi tak tahu nak letak di mana. Itulah masalah petempatan pokok ku. Kurang sinar matahari akhirnya mereka mati. Lebih sinar matahari pokok orkid ku pulak merajuk.
Jom lihat anggur ku




Update 30 September 2019



Dua pokok Tolumnia ku ini hadir melengkap koleksi. Ku kira ia 2 in 1. Sebab bukan tok janggut yg aku mahu tapi orkid Tolumnia itu. Harga nya hanya rm 18. 00 satu. Cukup murah . Jika 1 pokok ditampal di kayu pun rm 25.00. jadi ia amat berbaloi.





Rasanya orkid tanah ini aku dah ada. Tapi bunganya byk. Aku suka sangat. Tambah koleksi lagi.



Dua pasu orkid mokara sedang berkuntum. Insyaallah 2 minggu lagi mekarlah.

















Sunday, September 29, 2019

Cik kembang yg cantik.
















 Belum lagi kembang si pari pariku ini. Tunggu 1 minggu lagi insyaallah keluarlah si kembang cantik ku. Walau tak byk ia berkuntum dan mekar tapi cukuplah buat hiburan hati ku ini.

Tinggal sekuntum Aje. Dimakan sang unggas. Kasihan. Pahit manis acara berkebun di taman riang ria kebun orkid ku.


Hati kecil ku berbunga lagi

Banyak pokok bunga di taman hati ini yg akhirnya mati. Aku merelakan wang ku terbang ke poket penjual bunga. Ikhlas. Sebab. Hati ni mau ceria spt kembang  bunga di pagi hari

Jom lihat mereka.