Saturday, February 29, 2020

29.Feb.2020.












Kali pertama saya on blog ini viewer 4333. Lama tak jenguk blog dah berlapuk. Hari ini nak kongsi cerita tentang suka duka tanam stroberi. Buah warna merah berbiji kecil kecil di kulit. Berbentuk bujur spt hati. Masam manis rasanya.

Sejak Disember 2019. Aku sentiasa beli pokok ni. Berpuluh puluh. Dari on9. Dari FB. Semua baja. Tanah. Racun. Pasu. Set hidroponik. Aku sediakan.

Semua bibit aku dpt ada yg bersulur, berbunga, berputik buah, dan sebagainya. Semuanya mati. Aku beli lagi tahun ini. Nampaknya mati juga ni.

Akhirnya aku dapat dua pasu jambo stroberi yg besar dan matang. Tapi tak tahu pulak umurnya. Dapat dari kampung Dewan Kecil Labok dari seorang yg aku tak pernah kenal.

Niat nak beli. Tapi disedekahkan saja. Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Semoga Allah merahmati dan memberkati tuan sekeluarga. Dimurahkan rezekinya dan diberi kesihatan yang baik. Amin

Aku juga sudah menyemai biji nya. Sudah sebulan umurnya. Kelmarin aku tabur sesi ke2 . Insyaallah jika ada izin Allah hidup lah ia.





Update 3.3.2020. Daripada 10 pokok yg dibeli oleh aku tahun ni. 5 dah goals atau r.i.p. faktor-faktor nya tepi daun dan pucuk hitam kekeringan. Pada fahaman aku ia terlebih baja. Termasuk dlm sistem hidroponik. 1 pokok dah goal. Mungkin aku terlupa catat hari membaja.  Kena buat jadual ni. Ambik perhatian ut diri sendiri. Begitu juga dgn siraman jgn terlalu byk. Bila perlu sahaja baru siram. 3 hari sekali sebab media tanam jenis simpan air.