Wednesday, June 5, 2019

Si Cattleya Nan Sekuntum Aje.

Dah lama tunggu si kembang Cattleya. Baru kelmarin terus mekar. Agak agak tiga minggu dari masa ia mula berputik hingga kembang. Dah lama ia tak berbunga baru sekarang menjelma. Cattleya ni jenis bunga yg kecil, warna putih dgn bibir ungu menawan. Memang harganya mahal iaitu rm28.00. Dan pokoknya masa aku beli pun kecil aje. Sepokok Jah. Sekarang dah besar sikit je. Aku sebenarnya tak pandai jaga orkid. Memang jenis yg minat kumpul koleksi. Lama lama mana yg aku beli tu biasanya akan mati juga. Lepas tu aku beli lagi. Begitulah kitaran orkid di teratak Orkid ku. Mati . Hidup. Mati. Beli. Beli dan beli. Sejarah sentiasa berulang sejak 20 tahun lalu dan akan terus menjadi sejarah hidup orkid ku.

Sekarang aku cuba tahan kawal diri. Jangan beli lagi. Motivasi nya. Sayangilah yg ada. Nanti tak terjaga pulak si orkid ku.

Banyak daripada nya sedang membesar. Jadi nak harap dema berbunga jauh api dari panggang lah .  Sekarang masa menanti. Ada 2 pokok Mokara sedang berputik. Seminggu dua lagi baru kembang lah dema.




















No comments:

Post a Comment