Saturday, August 17, 2019

Rahmat Tuhan yang esa.

Apalah aku ni.... Musim hujan ribut petir pun masih nak membaja. Kan membazir.

Manalah aku tahu. Pagi tadi cuaca terang benderang. Malam tadi terkejut aku bila tetiba Aje hujan turun dgn lebatnya.

Apa tidaknya letih sehari membaja pokok kertas dan pokok yg lain di open air luar laman belum hilang  letih. Rasa sia sia Aje usahaku hari ni.

Tapi tak ape hujan kan Rahmat drp Allah. Turun lah hujan turun lah lagi.
Aku suka.

Nak kongsi tip membungakan bunga yg tak mahu berbunga.
Rendam pasu orkid hingga pangkal akar atau pokok nya selama setengah jam. Guna air basuhan beras. Buat seminggu sekali. Rendam semua pokok orkid tak kira apa nama mereka. Buat jangan tak buat. Nak spray daun sekali sekala tak menjadi masalah. Buat Aje.
Insyaallah akan aku turut tips ni jika supaya orkid bulan ku nanti berbunga kembali.


Friday, August 16, 2019

Cerita petang jumaat.

Nak jadi cerita. Tapi bukannya sensasi pun. Cerita biasa saja. Nak buat diari ni memang kena putar putar sikit jari.

Mana pulak cerita aku ni. Opss masa tengah nak bermanja dgn bulan  Dendrobium Vanda dll jiran ku datang . Dia datang bawa rambutan siap kupas lagi.  Mak Oii baiknya dia. Sedangkan kat dapur ada sebesen besar aku beli di pasar tani. Tak baik tolak rezeki. Amin.

Tengah sedap bergosip dan berbawang. Dia bangun dan kata. Rumah orkidnya dah senget 45 darjah. Dah lama aku bilang rumah itu dah nak tumbang. Tapi katanya tunggu suaminya baiki. Ok, aku nak tolong Aje.

Tapi petang ni sampai sore hari aku bukan saja tolong baiki rumah orkid senget tapi siap buat servis cleaning dan susun balik orkidnya. Dah bersih dan ceria pondok DIY hubbynya buat.

Dan satu lagi siap buat list minggu depan nak suruh tolong atur atau baiki ros Jepun nya pulak.

Aku ni jenis tak pandai nak tolak permintaan. Apa apa pun kita tunggu Aje.

Musim hujan ribut petir pd mlm hari. Tapi aku tak risau pondok orkid aku 30 kaki lebar. Tak kena panas atau hujan. Cuma tempias tu adalah. Itulah berkorban apa saja utk anggerik ku dan bunga lain pun.  Kini hidup ku lebih tenang. Lebih relax. Hanya siram dan membaja sahaja.


Thursday, August 15, 2019

Aku risau jika tiada benda ini





Jika di dalam gobok orkid ku tiada 3 benda ni .... risau aku duk fikir nak wat cam na.
Mereka ialah tanah, baja dan racun. Tambah satu lagi arang.

Sekarang ni.... aku dah ada bekalan indoor dapur aku punya. Ambil saja apa yg ada sementara gaji belum dapat atau duit tabungan dah kempis.

Selamat dunia dan akhirat. Aku dapat idea pun dari pakcik Google juga.

GULA
MADU
SUSU
ROTI LAMA                   ............................. BAJA
AIR BERAS
AIR PERUT IKAN
AIR KELAPA
AJINOMOTO
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx gilir gilir kalau nak guna xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

BAWANG PUTIH, CILI API, MINYAK MASAK...................... RACUN
KULIT BAWANG PUN BOLEH.

INIKAN diari aku, takut aku dah tua bangka kelak lupa pulak asas kehidupan orkid yg bajet ni.

Macam-macam aku guna baja daripada indoor dapur punya sampai kepada pasar punya. pokok orkid Bulan masih tak berbunga. tak cukup edah lagi. tunggu bulan 12 lah. Itu pun jika umur aku atu mereka panjang. Dapat lihat dema mekar kembali. Tapi tak apa ada satu tu sedang berspike...dalam 2 atau 3 minggu lagi mekarlah ia.

Rasanya dah habislah petua petui aku cari dan letak dalam blog ini. Saja untuk tatapan aku pada masa depan. Semoga segala usaha dan penat lelah pelihara orkid ini berkekalan hingga akhir hayat. Banyak duit dah habis ni..... Sekarang aku kena jaga mereka.







Friday, August 2, 2019

Fantasi Orkid

   


       

        Jika aku ada masa, tenaga, idea dan ongkos.....Tentu aku boleh luahkan karyaku spt di atas kanvas psv, berkarya sepanjang masa. tapi ini hanyalah hobi sahaja. Bukan keperluan ku, keperluan ku ialah menangani stress dan bertenang sepanjang masa.
        Melupakan penat dan lelah , mendekati alam. menghayati bunga bunga kegemaranku, Jadi tekadku pulak dengan ikhtiar DIY.... aku ingin sesekali memiliki taman seperti ini....  cantiknya.

Tolumnia orkid with love


Si pari pari kecil. Cukup cun melecun. Aku tanya si penjual dikatanya orkid hutan.

Tapi aku dah was was. Ia, inilah si kecil molek Tolumnia ditanam pd batang papan.

Tak sia sia buruanku. Koleksi ku juga kini semakin bertambah. Walau harganya agak mhal rm 25.00 tetapi aku ingin kumpul mana-mana koleksi yang aku berkenan.

Cantik warnanya satu  ungu dan satu lagi kuning. bunga mereka agak kecil. Dengan mataku yang rabun ini rasa-rasanya kena pakai kanta pembesar. Mereka ini sama jenis dengan orkid  dancing lady.


























Thursday, August 1, 2019

Menghayati ketenangan ....

2 Ogos 2019. Jumaat. Menghayati ketenangan. Begitulah hujung minggu ni aku hanya termenung. Lihat keindahan bunga dan pokok hiasan. Sekejap saja masanya. Sambung pagi esok pulak.

Seronok buang masa ni. Betul betul aku ambil cuti berkebun.
Aku hanya ada 2 hari kadang kadang 1 hari kadang kadang 0. Utk lihat kesayangan ku. Utk belai. Utk tatap. Utk semuanya.

Minggu depan dah sibuk segala macam mak nenek. Jangan harap nak tatap atau jenguk mereka ni.

Seronok tengok bunga ni tenang sahaja hati.

Biasalah ada yg mati. Ada yg hidup. Begitulah roda impian ku ini.

Hari ni aku beli pokok bunga habis  rm 60+80=140. Termasuk baja dan pasu.









































































Bunga terakhir dlm jenis spesies Bongsu.