Friday, August 16, 2019

Cerita petang jumaat.

Nak jadi cerita. Tapi bukannya sensasi pun. Cerita biasa saja. Nak buat diari ni memang kena putar putar sikit jari.

Mana pulak cerita aku ni. Opss masa tengah nak bermanja dgn bulan  Dendrobium Vanda dll jiran ku datang . Dia datang bawa rambutan siap kupas lagi.  Mak Oii baiknya dia. Sedangkan kat dapur ada sebesen besar aku beli di pasar tani. Tak baik tolak rezeki. Amin.

Tengah sedap bergosip dan berbawang. Dia bangun dan kata. Rumah orkidnya dah senget 45 darjah. Dah lama aku bilang rumah itu dah nak tumbang. Tapi katanya tunggu suaminya baiki. Ok, aku nak tolong Aje.

Tapi petang ni sampai sore hari aku bukan saja tolong baiki rumah orkid senget tapi siap buat servis cleaning dan susun balik orkidnya. Dah bersih dan ceria pondok DIY hubbynya buat.

Dan satu lagi siap buat list minggu depan nak suruh tolong atur atau baiki ros Jepun nya pulak.

Aku ni jenis tak pandai nak tolak permintaan. Apa apa pun kita tunggu Aje.

Musim hujan ribut petir pd mlm hari. Tapi aku tak risau pondok orkid aku 30 kaki lebar. Tak kena panas atau hujan. Cuma tempias tu adalah. Itulah berkorban apa saja utk anggerik ku dan bunga lain pun.  Kini hidup ku lebih tenang. Lebih relax. Hanya siram dan membaja sahaja.


No comments:

Post a Comment