Monday, November 11, 2019

Pemasuan semula kali 4. Seri Bulan.

Bila aku lihat Seri Bulan tersenyum kelat. Aku rasa sesuatu yg tak kena. Walau ada yg sedang berbunga. Tapi daun mereka nampak kecut Aje. Kalau ada yg gemuk. Tapi lihat daunnya macam kekuningan. Kalau ada daunnya yg lembik jatuh ke bawah. Tentu akar mereka busuk.

Dari pukul 6 ptg Ahad aku tarik semua orkid ini Dr. Pasu. Hampir satu jam proses buang basuh kerat akar yg buruk. Jam 7.00 mlm aku bawa mereka masuk rumah. Esok sambung.

11.11.2019 Isnin aku sambung kerja yg tak selesai. Potong lagi akar yg buruk. Basuh pasu. Basuh arang dan sabut. Guna semula. Tambah polisterin. Letak seketul dua nuget orkid. Aku tak nak guna benda organik lah utk baja. Cukuplah dgn baja pasar tani Aje. Serangan kulat dan hama teruk benar kali ini.

Dalam proses ini ada bunga yg dah kembang patah
 Ada pucuk yg sedang  berspike patah. Tak apa biar. Cuma jgn mereka mati kerana tak dirawat.
Kenapa aku bongkar lagi mereka . Dari 30. Tinggal 27. Mereka mati dlm diam diam..
Akhirnya lepas Asar baru siap letak mereka balik dlm pasu. Hidup dan mati adalah perkara biasa dlm proses ini.Esok aku akan bersih kawasan operasi. Macam tempat apa entah. Letih . Tak larat. Sambung esok ajelah. Sekian diariku ini.


No comments:

Post a Comment