Wednesday, November 27, 2019

Sudah discharge. Pd 26.11. 2019 Selasa. Khabar gembira.

Orkid tercinta' sang Buana' akhirnya di bawa pulang ke teratak hatiku. Walau tak sihat. Dgn salur masih di hidung dan di pundi kencing. Dah diberi pulang tu dah oklah. Suamiku tercinta yg suka beli bunga utk aku. Hadiah paling aku suka. Sejak itu koleksi bunga orkid dll semakin byk. Belilah belilah ia tak marah pun.

Alhamdulillah dia masih di sini menemani kami.  Balik kelmarin pun tak sempat buat apa apa. Sekadar jenguk dema. Ada yg keluar spike. Masih hidup. Ada juga yg dimakan unggas dan  ada yang mati.

Anggerik bulan ku yg 5 aku gelar sang primadona. Cantik sangat. Mereka sahaja yg sempat diberi baja. Perkembangan amat menggalakkan. Yg patah spike  dah keluar tunas baru. Alhamdulillah tak jadi  zombi. Hidup lagi. Syukur ya Allah.

Yang lain tunggu sekejap. Aku letih sangat uruskan keluarga ku. Sudah ada bahagian mereka sedang menanti. Tunggulah wahai sayang.



No comments:

Post a Comment