Sunday, March 22, 2020

Belajar mengira

Jom buat kira kira . Bulan Mac 2020 pokok stroberi yg ada dlm album.
1. Purple wonder-(merah)
2. Ruby Ann-(merah)
3. Sumber Breeze  Rose-(merah)
4. Toscana - (merah)
5. Roman-(pink)
6. Ever Sweet - (no. 6 ke bawah - putih)
7. Albion
8. Festival
9. Camarosa
10. Jsc. Japanese Sweet Charlie
11. Sweet Charlie
12. Japanese White Pearl
13. Snow Rabbit
14. Alpine.
15. Shogun

Baja air

Jom lihat gambar dan penerangan nya.

Tak sangka cantiknya Walking Purple Iris

Jalan jalan rumah Kak Z. Tetiba mata ni tengok fuyoo orkid nya dah berkuntum satu setiap pasu. Ada 2 sahaja pasu tu. Aku tanya ia bagi baja apa.. Baja mahal butir biru purple gitu. Baja NPK Aku punya yg induk tak pernah pun berkuntum..Balik rumah cari baja ..haah tu dia campak pada si orkid aku.  Jeles lah ni.
Cantik bunganya....jom layan

Gambar Google ni

Monday, March 16, 2020

Update 17.03.2020

Semalam dapat memo kena pindah tempat kerja. Alhamdulillah ada hikmah mungkin..
Hari ni nak kongsi memori buah kedua stroberi dah masak dan berjaya sampai titik noktah.

Buat kenangan pd masa depan

Sunday, March 15, 2020

Posting tanpa gambar. 16.03.2020

Update terkini. Agak agak berapa lama lagi pokok strawberi ni dapat hidup dan bertahan. Aku dapat dari seller 22.02.2020 belum cukup sebulan lagi. Pokok nya pada minggu pertama tanda tanda nak goal. Daun jadi kecik dan kuning kehijauan. Dahan jadi halus melidi tiada tanda muncul pucuk baru. Umur mereka aku agak dalam 2 minggu masa sampai ke rumahku. Tiada ilmu dan pengalaman utk biak dan jaga mereka. Tahun 2019 aku kecundang...semua mati 50 pokok . Tahun ni meminta ihsan sifoo @ otai strawberi berkongsi ilmu. Insyaallah....semoga dapat hidup dgn subur dah cukup...dapat bertahan untuk hidup dan bersyukur. Tidak mengharap yg lain ...terapi jika ia berbunga berbuah dan beranak pinak. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Amin.

Friday, March 13, 2020

Updated 13.03.2020

Jumaat. Update 13.03.2020 laporan perkembangan strawberi. Nampaknya masih lagi tidak ada gejala kemurungan pd pokok. Masih hijau. Masih segar.

11.03.2020. aku prunning daun.. biar tinggal 3 @ 4 saja. Sebab daun dah tua. Sakit. Nak bagi ia berbuah. Itu saja. Dah ada pucuk pucuk baru yg tumbuh. Ada pokok yg keluar sulur. Sulur pertama hari tu masih hidup. Ok lah tu.. Hidup.

Ada aku beri baja kompos cacing yg dilarutkan. Nasib tak mati tapi pokok tomato mati. Banyak dan masin sangat tu.

Hari ni aku beri air beras. Air kelapa. Air darah ikan. Ada susu manis sedikit. Cuaca sangat extreme panas tu yg aku siram lebih sikit.

Anak benih dari bijih masih hidup beberapa sahaja. Dah 2 minggu masih terbantut. Tapi masih buat rawatan.

Gambar sebagai kenangan.















Monday, March 9, 2020

Updated 11.03.2020 Strawberi oh strawberi

Alhamdulillah. Masih hidup lagi pokok strawberi dari FB - Shahrul Rizal tinggal 2 , dari Amyra Izura tinggal 2 juga dan dari Bro Dewan Kecil masih ada 2 pasu juga. Hidup. Happy sangat.

Tiap tiap hari tatap pokok ini rasa rasa nak bawa masuk rumah. Tapi ia pokok perlu sun shine. 

Mohon izin sifoo FB yg baik hati saya nak tempek petua tuan di page ini. Buat pedoman orang yg tak tahu cara untuk menanam  strawberi .

Sifoo Shahrul Rizal:
Medium dan baja yang saya guna untuk strawberry
1 kampit tanah baba vegimix + 1 kampit tanah merah bakar
Gaul sehingga rata
Baja AB dari abg Mat Bau...kena cairkan sendiri utk buat pati
Siraman manual
Bermula dari EC500 untuk anak pokok yang baru semai
Naikkan dos EC mengikut peringkat umur pokok
Sebagai contoh
Sebulan lepas semai EC700
2 bulan EC1000
Maksimum EC1300
Pokok mula berbuah EC1500
SELAMAT MENCUBA

Sunday, March 8, 2020

Mengimbau.....Saka strawberi.

Dah terkena saka strawberi cukup payah nak lari.... Macam saka orkid juga. Sejak 2019 aku dah terjebak.. macam macam anak strawberi aku   beli dari on9. Dapat anak dan induknya yang segar bugar.  Lama lama ia jadi layu..hitam pucuk...batangnya kering hilang semua gebu gebas nya. Akhirnya terkulai tak bernyawa.... mati. Tapi tahun ini aku beli lagi....cari sampai rumah orang. Begitu lah bila minat datang....Aku tak tahu kenapa...mana silapnya...Jangan tanya kp aku sebab musababnya pokok cun melecun boleh mati. suami beri positif thinking " pokok sejuk cap Cameron Highlands mana boleh ditanam di rumah kita". Tetapi...........................................................................
Orang tanam aku tanam juga
Cuma yg aku tahu. Usaha. Ilmu. Pengalaman. Rajin bertanya dan menuntut..................Ialah guruku.

Gambar kenang kenangan 2019. Semua lebih kurang 50 pokok dah mati. 2019.. Aku beli dari rakan FB Zaiton Din, Aimyra Izura, (Shahrul Rizal dan Muk Ri Yi . Bro dari Dewan Kecik Labok...2020..belum lagi mati pokoknya   tapi ...ni  tunggu masa aje)  Seronok sebenarnya ada hobi berbudi kpd tanah....Kadang macam buang masa dan tenaga serta ongkos...rasanya.....






Aku positif sahaja dgn hobi strawberi.  Mungkin disudut hati ni ada rasa terkilan kerana tak dapat merasai buahnya. Sedih kerana belum berjaya . Tapi itulah hidup...selagi boleh usaha dan tak bebankan sesiapa aku nak juga tanam pokok bertuah ni.

Friday, March 6, 2020

Akhirnya ia muncul

Tak daa...  muncul dah orkid Pinang aku yg mogok.. Dah 2 minggu kembangnya. Terima kasih kepada mu Ya Allah.


Update 7 Mac 2020 - Sabtu.

Aku perlu buat update stroberi ku dr 29. Feb. 2020.  1 Minggu pokok aku Alhamdulillah akhirnya menjadi sihat. Terima kasih Abah Somad Stroberi.

Perkembangan positif kelmarin masih beri air beras dan darah ikan. Tak bubuh pun baja. Cukup memberangsangkan pertumbuhannya. Aku fikir semburan minyak Neem juga membantu. Neem oil ialah bahan organik. Oleh kerana aku nak makan aku akan beri dema organik.

Bermacam macam baja racun aku guna. Akhirnya pokok aku tahun lepas semua r.i.p.s atau goal lebih kurang 50 pokok besar kecil baby semua kena Corona Zombie...(epidemik wabak Corona Wuhan di China yg korban ribuan penduduk nya)

Pokok aku kini sihat. Biarlah aku ikut petua orang-orang tua. Air beras dan darah ikan.

Jangan siram lebih lebih. Pandai pandailah tengok ia haus baru beri air tu.

Tok guru kata pakai cocopeat 100% utk media tanam. Pokok cepat berbunga dan berbuah.
Betul ni. Tak tipulah.

Satu lagi beri cahaya matahari secukupnya. Biar angin belai ia juga.
Rak pasu bertingkat juga ialah bukti kesungguhan ku. Aku tanam  pokoki ut dimakan. Nanti aku nak tanam sayur. Pokok tomato yg hidup yg lain goal juga. Kena lebih tekun. Bertabahlah. Kenapa kerana makanan vegi semakin mahal.

Seronok tanam pokok strawberi ni. Sebab macam macam barang utk nya aku beli. Cuma tak sesuai sahaja.  Tak membazir sebab pokok aku banyaklah juga kalau lebih drp sepasu tu. Nanti aku guna utk ore lain.

Stroberi guna yg basic kampung style... Selamat dunia akhirat..
Bye. Sekarang nak ambik gambar simpan sini.


Gambar gambargambarrrr. Terima kasih ya Allah. Semoga kau permudahkan urusan ku dan jadikan aku hanbaMu yg bertakwa. Amin.

















Simpan sini dulu. Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi. kalau ada umur yang panjang boleh saya berjumpa lagi. Wassalam.

Wednesday, March 4, 2020

Petua orang tua.

Seperti mana aku tanam orkid seri bulan. Yg mati , nak mati....
nazak .. akhir nya  h i d u p.. Maka aku guna petua yg sama. Petua orang tua tua.

Aku guna air basuhan beras campur dgn air basuhan ikan.  Taruh lah sikit baja subur ut orkid Siam.

Hari kedua  air basuhan beras dan ikan campur dgn hormon penggalak akar dgn baja AB. - Hidroponik.

Hari ketiga.. Daun mereka dah hijau bukan kekuningan . Keluar pucuk daun baru yg sihat. Semua pokok dah keluar pucuk baru berkilat kilat... Hijau memancar. Kenapa kerana sebelum ini pucuk baru kena kenkos Zombie hitam dan lembik... Terkulai. Tepi daun terbakar..
Lepas tu stop dulu beri baja. Satu kali seminggu dah ok. Nak 2 kali seminggu pun boleh.


Aku cari tempat sinar matahari direct pd mereka. Jangan tanya berapa lama masa mereka terima cahaya . Aku tahu tempat itu tidak terlindung tetapi masih bawah atap lutsinar. Aku siap beli rak pasu 3 tingkat agar yg bawah tak terlindung.

Apa yg penting sumber kehidupan ut pokok ialah Matahari.   Beri matahari pada strawberi ku. Jangan takut.... Pasti ia akan gembira. Dahulu aku simpan dlm net hitam...cahaya dan udara tak kena.... Itulah satu sebab aku fail ... strawberi ku pun sama dgn seri bulan.

 Air beri kadang kadang... strawberi tak berapa mahu air. Beri bila perlu. Jangan manjakan ia. Buat tak peduli.... Jangan over over belai dema...
.

Aku siap beli Neem oil. Ia perlu di spray atau sembur pd pokok bertuah ni.  1 kali seminggu. Utk bunuh serangga perosak dan matikan kuman.

Aku beli tanah organik... Tapi  kalau boleh organik vegimix soil yg terbaik. Peatmoss. Tanah bakar merah. Kompos. Serkam bakar Serkam mentah.pasir. baja tahi ayam.. tanah hitam sawit. Cocopeat.

Utk semai anak sulur guna peatmoss 100%.. terutama utk cucuk anak sulur yg dipasak dgn lidi atau apa sahaja asal ia terlekat pd peatmoss nya.guna utk semai biji pun amat bagus...

Dari mana semua ini ku dapat.. dari penjual yg baik hati. Dari sampel pokok yg aku beli. Dari pengalaman ku. Dari internet. Dan aku akan cari dlm buku serta bahan bahan bercetak...

Kenapa aku letak semua ni dlm blog kerana aku sudah tua. Daya ingatan ku dah less bateri.

Bagaimana nak usaha... Kalau tiada ilmu yg nak dikongsi. Bagaimana nak berjaya kalau tak berguru.  Wahai guru guru pertanian janganlah kedekut ilmu MU...nanti pahala anda bertambah tambah.

Betul atau salah hanya anda sahaja yg tahu. Sekian

Mencuba nasib dgn Strawberi.

Percubaan demi percubaan aku buat sejak Disember 2019 untuk membiak dan menanam pokok bertuah ni...Alahai strawberi.

Dari bibit anakan stolen. Yg pasti nya penjual itu beri pada aku.  Ada juga pokok Induk yg dah stabil dan berbunga serta berbuah. Kesudahannya semua goal.  Apa kesalahan aku?..
Kenapa?.... Bagaimana nak buat?