Sunday, March 8, 2020

Mengimbau.....Saka strawberi.

Dah terkena saka strawberi cukup payah nak lari.... Macam saka orkid juga. Sejak 2019 aku dah terjebak.. macam macam anak strawberi aku   beli dari on9. Dapat anak dan induknya yang segar bugar.  Lama lama ia jadi layu..hitam pucuk...batangnya kering hilang semua gebu gebas nya. Akhirnya terkulai tak bernyawa.... mati. Tapi tahun ini aku beli lagi....cari sampai rumah orang. Begitu lah bila minat datang....Aku tak tahu kenapa...mana silapnya...Jangan tanya kp aku sebab musababnya pokok cun melecun boleh mati. suami beri positif thinking " pokok sejuk cap Cameron Highlands mana boleh ditanam di rumah kita". Tetapi...........................................................................
Orang tanam aku tanam juga
Cuma yg aku tahu. Usaha. Ilmu. Pengalaman. Rajin bertanya dan menuntut..................Ialah guruku.

Gambar kenang kenangan 2019. Semua lebih kurang 50 pokok dah mati. 2019.. Aku beli dari rakan FB Zaiton Din, Aimyra Izura, (Shahrul Rizal dan Muk Ri Yi . Bro dari Dewan Kecik Labok...2020..belum lagi mati pokoknya   tapi ...ni  tunggu masa aje)  Seronok sebenarnya ada hobi berbudi kpd tanah....Kadang macam buang masa dan tenaga serta ongkos...rasanya.....






Aku positif sahaja dgn hobi strawberi.  Mungkin disudut hati ni ada rasa terkilan kerana tak dapat merasai buahnya. Sedih kerana belum berjaya . Tapi itulah hidup...selagi boleh usaha dan tak bebankan sesiapa aku nak juga tanam pokok bertuah ni.

No comments:

Post a Comment