Wednesday, March 4, 2020

Petua orang tua.

Seperti mana aku tanam orkid seri bulan. Yg mati , nak mati....
nazak .. akhir nya  h i d u p.. Maka aku guna petua yg sama. Petua orang tua tua.

Aku guna air basuhan beras campur dgn air basuhan ikan.  Taruh lah sikit baja subur ut orkid Siam.

Hari kedua  air basuhan beras dan ikan campur dgn hormon penggalak akar dgn baja AB. - Hidroponik.

Hari ketiga.. Daun mereka dah hijau bukan kekuningan . Keluar pucuk daun baru yg sihat. Semua pokok dah keluar pucuk baru berkilat kilat... Hijau memancar. Kenapa kerana sebelum ini pucuk baru kena kenkos Zombie hitam dan lembik... Terkulai. Tepi daun terbakar..
Lepas tu stop dulu beri baja. Satu kali seminggu dah ok. Nak 2 kali seminggu pun boleh.


Aku cari tempat sinar matahari direct pd mereka. Jangan tanya berapa lama masa mereka terima cahaya . Aku tahu tempat itu tidak terlindung tetapi masih bawah atap lutsinar. Aku siap beli rak pasu 3 tingkat agar yg bawah tak terlindung.

Apa yg penting sumber kehidupan ut pokok ialah Matahari.   Beri matahari pada strawberi ku. Jangan takut.... Pasti ia akan gembira. Dahulu aku simpan dlm net hitam...cahaya dan udara tak kena.... Itulah satu sebab aku fail ... strawberi ku pun sama dgn seri bulan.

 Air beri kadang kadang... strawberi tak berapa mahu air. Beri bila perlu. Jangan manjakan ia. Buat tak peduli.... Jangan over over belai dema...
.

Aku siap beli Neem oil. Ia perlu di spray atau sembur pd pokok bertuah ni.  1 kali seminggu. Utk bunuh serangga perosak dan matikan kuman.

Aku beli tanah organik... Tapi  kalau boleh organik vegimix soil yg terbaik. Peatmoss. Tanah bakar merah. Kompos. Serkam bakar Serkam mentah.pasir. baja tahi ayam.. tanah hitam sawit. Cocopeat.

Utk semai anak sulur guna peatmoss 100%.. terutama utk cucuk anak sulur yg dipasak dgn lidi atau apa sahaja asal ia terlekat pd peatmoss nya.guna utk semai biji pun amat bagus...

Dari mana semua ini ku dapat.. dari penjual yg baik hati. Dari sampel pokok yg aku beli. Dari pengalaman ku. Dari internet. Dan aku akan cari dlm buku serta bahan bahan bercetak...

Kenapa aku letak semua ni dlm blog kerana aku sudah tua. Daya ingatan ku dah less bateri.

Bagaimana nak usaha... Kalau tiada ilmu yg nak dikongsi. Bagaimana nak berjaya kalau tak berguru.  Wahai guru guru pertanian janganlah kedekut ilmu MU...nanti pahala anda bertambah tambah.

Betul atau salah hanya anda sahaja yg tahu. Sekian

No comments:

Post a Comment