Friday, March 6, 2020

Update 7 Mac 2020 - Sabtu.

Aku perlu buat update stroberi ku dr 29. Feb. 2020.  1 Minggu pokok aku Alhamdulillah akhirnya menjadi sihat. Terima kasih Abah Somad Stroberi.

Perkembangan positif kelmarin masih beri air beras dan darah ikan. Tak bubuh pun baja. Cukup memberangsangkan pertumbuhannya. Aku fikir semburan minyak Neem juga membantu. Neem oil ialah bahan organik. Oleh kerana aku nak makan aku akan beri dema organik.

Bermacam macam baja racun aku guna. Akhirnya pokok aku tahun lepas semua r.i.p.s atau goal lebih kurang 50 pokok besar kecil baby semua kena Corona Zombie...(epidemik wabak Corona Wuhan di China yg korban ribuan penduduk nya)

Pokok aku kini sihat. Biarlah aku ikut petua orang-orang tua. Air beras dan darah ikan.

Jangan siram lebih lebih. Pandai pandailah tengok ia haus baru beri air tu.

Tok guru kata pakai cocopeat 100% utk media tanam. Pokok cepat berbunga dan berbuah.
Betul ni. Tak tipulah.

Satu lagi beri cahaya matahari secukupnya. Biar angin belai ia juga.
Rak pasu bertingkat juga ialah bukti kesungguhan ku. Aku tanam  pokoki ut dimakan. Nanti aku nak tanam sayur. Pokok tomato yg hidup yg lain goal juga. Kena lebih tekun. Bertabahlah. Kenapa kerana makanan vegi semakin mahal.

Seronok tanam pokok strawberi ni. Sebab macam macam barang utk nya aku beli. Cuma tak sesuai sahaja.  Tak membazir sebab pokok aku banyaklah juga kalau lebih drp sepasu tu. Nanti aku guna utk ore lain.

Stroberi guna yg basic kampung style... Selamat dunia akhirat..
Bye. Sekarang nak ambik gambar simpan sini.


Gambar gambargambarrrr. Terima kasih ya Allah. Semoga kau permudahkan urusan ku dan jadikan aku hanbaMu yg bertakwa. Amin.

















Simpan sini dulu. Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi. kalau ada umur yang panjang boleh saya berjumpa lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment