Tuesday, July 30, 2019

Cuti 1 hari

Ingatkan nak bersenang lenang cuti 1 hari. Nak tidur barang seminit dua di waktu siang.

Mana boleh. Bila aku tengok pokok orkid aku dah diratah sang siput , sang belalang dan kumbang gatal.
Projek spray ramuan rahsia perlu dilakukan.

Tambah tambah byk pokok bunga ku yg dah mati total.
Termasuk seri bulan. Mati total. Payah nak cari ganti kalau mereka mati. Kerana cintaku pd seri bulan sangat padu. Mahal ke ,aku tak kisah.

Itulah sebabnya. 1 hari cuti, letih camna pun. Aku kuatkan tekad. Dari proses lap daun yg berdebu. Mandikannya. Akhir sekali spray. Tukar rumah. Yg sakit simpan dlm wad. Yg sihat letak tempat open air.

Aku cuba lagi sesuaikan mereka dgn udara segar, cahaya matahari. Jika keadaan makin teruk kesihatan nya. Aku terpaksa kurung dlm rumah gelap lah lagi.

Eksperimen aku nampaknya gagal. Ya, letak di bawah cahaya 70%. Sangat sangat tak sesuai. Daun jadi kecut. Begitu juga dgn akar. Akhirnya mati.

Hujung minggu ni aku nak simpan baliklah mereka dlm rumah kecil nya. Biarlah mereka di situ.

Akhir sekali. Ini posting aku yg  ke berapa ... 50 +++. 1700++ aku belek-belek blog ni.  Bukanya ada sesiapa pun tengok nya. Hanya aku sahaja. Menatap dan memposting karya ku ini.

Jumpa lagi. Ta ta tu tu. Bye🇱🇷(*_*)


Saturday, July 27, 2019

Beautiful orchids

Orkid yang cantik. Tak jemu dipandang. Cantik sekali.
Nak tunggu orkid aku kembang lambat lagi.
Maka eloklah tonton video sahaja.
































Mata tangan kaki dan telingaku. Cameron Highland




Pancaindera di atas semuanya hak anakku. Allah maha penyayang dan pengasih. Aku tak minat berjalan  atau melancong. Dunia ku kini di rumahku. Kampungku sahaja.
Aku punya suami yg tak berapa sihat kerana angin Ahmar. Aku punya anak kecil 6 dan 4 tahun. Yang besar pun ramai. Hendak melangkah ke dunia luar adalah tak mungkin.















Ringkas ceritanya.  Anak ku Syafiqah telah melancong ke CH. Ikut jiranku. Kesempatan itu aku minta dia snap gambar di CH.

























Cantik gambar tu. Pandai dia snap. Ada juga ole ole iaitu 6 pokok kaktus comel.



Terima kasih sayang. Harap besarmu nanti pandai  tanam bunga.






❤️💛💚💙💜🖤❤️💛💚💙💜🖤


Thursday, July 25, 2019

Orkid ku bertahan dgn koleksi yg sedia ada. Tapi ada koleksi pokok baru

Hari ni 26.7.19 Jumaat. Aku beli 3 jenis pokok baru. Orkid tak beli. Nak jaga yg ada.
Pokok matahari besar dan kecil serta pokok bunga raya carnation dan Daisy. Setiap satu berharga rm 15, 12. 10 aje. Semuanya rm 100. Tolak diskaun rm 4.

Anak punya pasal sbb minat dgn matahari. Aku pun beli 5 pasu. Harap nanti dia akan minat dgn pokok bunga. Dan suka tanam bunga. Tinggi pokoknya dlm 1 kaki. Kembang 1 kuntum. Spike lain ada 3 dan 4. Tunggu dia balik Dr Cameron  Highlands buat surprise . Si Fiqah ni dah semai beberapa pot matahari setiap hari balik sekolah dia tanya mana matahari nya. Tu ada kat situ. Jawab aku. Hadiahlah ni sbb dia minat bunga  spisies ni.
Pasti  senyumnya spt sinar suria pagi bila tengok hadiah nya. Yg baby sunflower akan dijaga. Ok. Jumpa lagi...












Kebetulan masa belek-belek album terjumpa picture yg cantik ttg matahari. Anak lelakiku pun minat juga rupanya. Ini kenangan masa trip lepas UPSRnya 2018 tahun lalu di Melaka.





Saturday, July 20, 2019

3 Vanda sedang berlumba...



 Ini tentang 3 Vanda aku yg sedang berlumba. Yg pastinya mereka semua adalah johan.

Tak kisah siapa dulu mekar. Asalkan dema semua sihat dan ceria. Aku dah bersyukur. Amin.





Pada hari ni 26.7.19. Jumaat.
Semuanya telah mekar. Cantik warna dema






Update 27.7.19 hari Sabtu