Inilah ceritanya. Satu hari aku lihat pokok sri bulan daunnya kecut, keriput dan busuk. Lalu aku cabut nya dari pasu. Aduh, aduh. Akarnya dah rosak hitam mati dan kecut. Patutlah daunnya macam krg nutrisi. Sedangkan dah berbotol botol baja racun spray aku beli.
Media moss/ lumut tak sesuai dgn cara penyiraman ku. Boleh kata semua pokok aku siram setiap hari termasuk sri bulan.
Inilah orang kata pokok aku mabuk atau lemas kena jirus air banyak.
Ini kali pertama aku tukar media tanam kp arang sahaja sejak aku beli bulan 12 tahun lalu.
Tak nak guna dah moss. Itu sahaja cerita nya buat hari ini
Buat masa ini, aku kuarantin di bawah porch. Biar dema semua berehat setelah dioperasi. Jauh dari matahari dan hujan. Moga moga mereka cepat sembuh dan sihat serta ceria kembali
No comments:
Post a Comment