Tuesday, July 30, 2019

Cuti 1 hari

Ingatkan nak bersenang lenang cuti 1 hari. Nak tidur barang seminit dua di waktu siang.

Mana boleh. Bila aku tengok pokok orkid aku dah diratah sang siput , sang belalang dan kumbang gatal.
Projek spray ramuan rahsia perlu dilakukan.

Tambah tambah byk pokok bunga ku yg dah mati total.
Termasuk seri bulan. Mati total. Payah nak cari ganti kalau mereka mati. Kerana cintaku pd seri bulan sangat padu. Mahal ke ,aku tak kisah.

Itulah sebabnya. 1 hari cuti, letih camna pun. Aku kuatkan tekad. Dari proses lap daun yg berdebu. Mandikannya. Akhir sekali spray. Tukar rumah. Yg sakit simpan dlm wad. Yg sihat letak tempat open air.

Aku cuba lagi sesuaikan mereka dgn udara segar, cahaya matahari. Jika keadaan makin teruk kesihatan nya. Aku terpaksa kurung dlm rumah gelap lah lagi.

Eksperimen aku nampaknya gagal. Ya, letak di bawah cahaya 70%. Sangat sangat tak sesuai. Daun jadi kecut. Begitu juga dgn akar. Akhirnya mati.

Hujung minggu ni aku nak simpan baliklah mereka dlm rumah kecil nya. Biarlah mereka di situ.

Akhir sekali. Ini posting aku yg  ke berapa ... 50 +++. 1700++ aku belek-belek blog ni.  Bukanya ada sesiapa pun tengok nya. Hanya aku sahaja. Menatap dan memposting karya ku ini.

Jumpa lagi. Ta ta tu tu. Bye🇱🇷(*_*)


No comments:

Post a Comment