Sunday, July 14, 2019

Niat nak tanam sayur .....tapi




Benih  sayur dah disemai tunggu masa nak tukar pot. Aku menanam sayur dalam pasu aje. Tanah semua dah jadi lantai simen.








Dulu pun aku dah biasa tanam sayur. Tapi dah lama berhenti sejak sayur di makan si arnab,
Sejak  sayur ku dimakan monyet, kubang dan angkatannya. Kalau peristiwa sama berulang. Pasti juga berulang. Anggap sahaja usaha ku itu modal di hari akhirat. Jangan disedih jangan dikenang. Orang kata buat exercise keluar peluh, rehat minda. Apa apa pun tak kisah sebab bibit sayur dah ada. Kena kuatkan semangat.

Sekarang pun ada pokok pisang  kunyit, lengkuas dan pandan habis dikendurikan set kera monyet . Apa yg tak boleh makan dibuat main.

Tapi syukurlah orkid dan bunga bunga lain tak dikerjakan mereka.

Cuma sekarang aku kena urus masa dan tenaga. Aku sang pemakan gaji. Masa spt emas. Amat berharga utk aku penuhi keinginan dan keperluan ku.

Semoga Allah SWT memudahkan urusan ku. Tanam sayur ni utk keperluan dapur ku sahaja. Lepas duit poket drp beli di pasar dah memadaii buat aku.



No comments:

Post a Comment