Monday, October 28, 2019

Fikir secara positif.

Sudah memiliki bunga orkid. Tapi letih nak jaga. Membazir pula kalau terbiar dan mati pokoknya.
2 tahun terasa seperti 2 dekad . Lamanya. Masa beli suka lihat bunganya. Cantik. Tapi bila gugur bunganya.  Jenuh menunggu bila nak berbunga. Letih. Penat . Semua kemalasan datang.
Sayang nak buang. Tapi dah letih dan lelah nak jaga.
Aku siram. Aku baja. Aku buat mana yg patut aje.
Think positive. Fikir secara rasional.
Ia hanyalah bunga. Nak cantik kena usaha. Oklah . Aku saja nak cari alasan utk memboikot bunga ku . Nak buang lagi lah ni.

Saturday, October 26, 2019

Penkatalog orkid .

Itulah  tugas aku hari ini menkatalog spisies orkid milikku selama 2 tahun. 2018 hingga 2019.

Rasanya aku pelihara sahaja mana yg hidup. Nak tambah lagi tak pandai nak  take care of them. Because  my  knowledge is too litte.

Rasanya bila jumpa cateleya aku jawab tak pandai jaga. Sebab ada yg langsung tak berbunga. Mati pun dah banyak. Rasa macam membazir aje.

Yg lain pun sama mati dimakan unggas. Biarlah jaga mana yg hidup. Kalau itu rezeki ku. Amin.


1. Bulan = 30 pasu
2. Mokara= 23 pasu
3. Vanda = 23 pasu
4.Cymbidium= 2 pasu
5. Ocidium = 7 pasu
8. Tolumnia= 4 pokok
9. Klise = 10 pasu (kelapa sawit)
10. Anggerik Desa. =1 pasu
11. Hutan=2 pokok
12. Finlay=1 pasu
13. Dendrobium=10 pasu
14. Serai =2 pasu
15. Cateleya= 5 pokok
16. Iris = 2 pasu



Friday, October 25, 2019

Berbunga lagi Vanda dan Mokara.

Dah keluar bunga. Aku rasa pertumbuhan spike nya agar cepat. Dah kembang bunga dema. Ada 2 Vanda yg sedang berkembang. Dan ada 2 mokara juga sedang berbunga. Musim hujan ini aku agak takut dgn. Perkembangan mereka. Byk penyakit. Macam macam ada.
Lihatlah mereka. Bahagianya aku. Letih menunggu akhirnya aku bahagia jua.







Update 26.10.19  Sabtu. Diari orkid Vanda ada 23 pasu . Ada lebih kurang 20 jenis bunga yg berbeza. Sekian terima kasih. Tempatnya di dalam rumah kecil Tempat asal Sri bulan. Penuh serumah. Tak ada ruang dah. Nanti kalau jumpa yg esotik beli lagi. Sekian laporan berita drp blog aku.



Acara bersiram Sang Ratu Rimba.

Sayang air siraman si bulan semalam ada satu baldi lagi. Jadi di samping update blog . Kerja rasmi dr. Pejabat. Aku rendam mana mana orkid yg ada.  Si Vanda. Si ratu Rimba. Orkid murah Dendrobium. Orkid mahal cimbidium. Apa apa yg ada asalkan air baja tersebut habis. Nak tunggu mereka berendam memakan masa. Jadi aku bekerja 3 in 1. Nak masak lagi utk keluarga.
Beginilah nasib diri ku yg tak cukup tangan. Kasihan tak ada waris ku yg berminat dgn seni tanam orkid.
Jadi semua kerja kena buat sendiri. Aduh letih. 

Jom tengok gambar dema.





Kerana terleka. Satu pasu orkid bulan ku tenat.

Kesibukan urusan kerja dlm minggu ini dari 20 hingga 24 OKT. 2019. Aku kepenatan utk melihat . Menyiram. Membelai sang Bulan. Maka Pd hari ini 25 OKT. 2019 satu orkid kesayangan ku hancur. Sehelai demi sehelai daunnya reput. Tinggal satu aja. Itupun dah kena reput pucuk. Sudah tentu akan mati juga.

Silap aku juga tak menjenguk dema. Cuai. Entahlah hidup atau tidak aku dah pasrah.
Tetapi dr. Pengalaman ku yg lepas. Ia akhirnya akan mati kerana rosak teruk di crown.

Tamat sudah satu riwayat.


Cerita bahagia ada juga. Pada hari  ini ada 4 pokok Sri Bulan aku dah keluar spike. Confirm dah ada 4. Yang pertama juga dah keluar spike baru. Yang nombor 2 & 3 dah keluar kudup bunga. Yang no. 4 dan 5. Dah keluar spike dlm 4  cm.












Pokok lain Sri bulan dah gemuk gedebong. Daun dan pucuk baru begitu mempersona. Yang sakit sedang pulih.
 Buktinya ada pucuk baru dan akar baru.







Kerana kasihan mereka. Aku hanya sempat membaja sri Bulan itu pun 3 jam. Dari pukul 4.00 ptg hingga 7.00 mlm.
 Sepatutnya aku guna 30 minit utk rawat mereka. Tapi tak akan sempat .akhirnya aku  basah akar dan daun cukuplah. Hari ini air kelapa kehabisan kerana  mungkin hari Depavali akan disambut  pd 27 OKT.. Jadi aku guna santan kemacar.

Harap tak jadi apa apalah. Wait anda see. Macam biasalah ramuan resepi baja DIY aku. Macam nak buat resepi bubur lambuk. Entahlah kalau orang lain mungkin lain lah caranya. Tapi dah terbukti pokok orkid aku yg lain juga berbunga. Bolehlah aku kongsi resipi nya nanti.
Aduh letihnya badan dan minda aku. Satu hari di hari Jumaat. Memang meletihkan. Urusan dunia dan hobi kena bergerak serentak.

Ini dah bukan hobi. Tapi satu pekerjaan menanam orkid.
Sekian jumpa lagi.

Aku tutup dgn rasa gembira bila Sri Bulan 1 masih sihat berbunga dan mengeluar spike dan bunga sentiasa.


Aku dah hitung semua pokok Sri bulan ada 30 pasu. Berita terkini pada hari ini 26.10.19. 5 pasu sedang berspike dan berbunga selepas keratan rantingnya pada bulan April. Sekarang musim tengkujuh. Jadi aku hanya bersantai sahaja. Hujan. Sejuk. Tengok ajelah bunga bunga ku. Bahagia dan tenteram di hati walau penat sedikit. 

Bunga bunga ku tak banyak tetapi perlu buat sistem syif utk uruskan mereka. Sekian tunggu bulan ke2 berbunga nanti aku update blog ini lagi.

Monday, October 21, 2019

Yang ni pun sedang berbunga.

Pokok orkid tanah. Baru berbunga kali pertama sejak berbulan lepas. Tak ingat dah tarikh belian nya. Tapi kalau lihat tu ada 3 pokok yg sedang berspike. Nanti ku beri lebih intensif care. Maklumlah orang nak berbudi. Kita kena berbahasalah.


Kembang Ayu nan sekuntum.

Aduhai. Sekuntum aja kembang si Ayu ni. Tapi minta mintalah kelak lebat berbunga. Tentu cantik. Cuma orkid ni cantik dipandang tapi tak da bau.

Saja cari alasan ni nak boikot orkid lah. Apa tak nya hampir setahun pelihara. Si Bulan sepokok Aje yg berjaya. Yg lain tak.

Alasan yg paling kukuh. Utk boikot orkid. Tak gitu .

Jom lihat kembang Ayu ku.




Sunday, October 20, 2019

Vanda oh Vanda.

Tiga bunga Vanda yg comel molek rupanya. Manis manis Ayu je.




Dah mekar sekuntum anggerik bulanku.

Cantiklah si kenit ni berbunga. Baru je kembang sekuntum

Thursday, October 17, 2019

Alhamdulillah. Syukur. Amin.

Kenapa aku rasa bahagia sangat. Pada hari ni. Aku suka sangat. Aku rasa ceria sangat. Sebab orkid seri Bulan dah ada dua pokok yg keluar spike baru. Yg lama atau pertama pun sedang berputik kudup bunga baru.

Rupa rupa nya aku terlepas pandang pada orkid bulan ketiga.  Panjang spike nya dah hampir sekaki dah. Tunggu bulan 12. Mekarlah ia. Memakan masa yg lama utk berbunga sejak bulan 12 tahun lalu.tapi mekar nya bertahan hingga bulan April. Selepas itu aku potong semua ranting bunga.  Sekarang dema sedang membalas jasa dan budi KPD tuannya.



Amin. Semoga bulan ku dapat berbunga semua semula. Tak apa satu satu. Ikut giliran macam si Vanda. Kira kira agak cepat juga dalam tempoh 5 bulan ia dah keluar spike kedua.


Sukanya saya. Vanda Giant mekar lagi. Subur. Sihat. Ceria

Update terkini. Vanda pink Giant mekar lagi. Rasanya ni minggu kedua dah riwayat nya. Tak apa ada 2 minggu lagi utk lihat ia  mekar di taman kecilku.

Pun begitu. Penggantinya sedang menunggu. Spesis Vanda juga. Maka aku angkat takhta orkid Vanda sebagai sang ratu. Kerana ia sentiasa silih berbunga. Cuma aku tak pandai nak biak dema supaya beranak pinak. Apa yg ada. Itulah yg dijaga. Jom lihat ia.









Dah lama aku tak beli koleksi baru. Teringin pula nak beli baru. Tapi yg ada tak terjaga. Pink Giant ni kira bernasib baik. Sebab masih segar bugar. Yg lain dah kurus kering. Cuba lihat yg ni. Kesiannya ia.





Friday, October 11, 2019

Semangatku berkuntum kembali. Kelak aku harap ia mekar jua.

Bila aku snap   gambar orkid tanah dan orkid desa @ merpati di rumah kak Z. Rasa cinta berkuntum kembali dan mekar. Rasa ingin melihat orkid di rumah ku agar berbunga. Inilah rupa orkid tersebut.




Cantik kan. Aku punya tak subur dan belum matang. Kelak akan aku rawat dan jaga semua orkid ku agar ceria dan berseri. Faktor ia berbunga berkali kali ialah cahaya matahari yang cukup, dan kadar kelembapan yang tak berapa lembap maksudku kering lah sebab tuan nya jarang  jarang siram dema.

Yang ini juga cantik. Dari rumpun orkid aku yg di bagi dua dgn kak Z. Ia dah berbunga. Aku masih belum berbunga tunggu ajelah. Pun sebab ia terdedah kepada sinar matahari pagi . Ada dua spike. Maka aku pun kena kurangkan siraman dan kasih sayang pada orkid di rumah ku. biar mereka stres sikit.




Sedikit perkongsian di senja hari. Rasanya lebih kepada motivasi diri. Tadi pun sempat pergi ke pasar tani. ada pokok vanda yang cantik. belum ada  dalam koleksi, tapi hati ini dah merajuk. Sebab bila bawa balik. luruh bunga nya. tahun depan pulalah baru dapat lihat ia mekar kembali.

Vanda susah nak mati. cuma ia sukar untuk berbunga aje. Atau kelopak bunganya santapan sang unggas  cuma mekar sekejap. lepas tu hilang...

Kena bersabar sehingga hati aku yang merajuk ini sejuk kembali. Lagipun  vanda dah ada lebih dari sepasu..  Kira oklah tu. Tak miskin lagi. Cukup sampai di sini sayang biarlah aku jaga mana yg ada.....