Friday, October 11, 2019

Pokok aku tak merajuk. Tapi hati aku yg merajuk.

Benar. Sebagai insan aku tak pernah puas dgn apa yg ada.
Pokok aku tak pernah merajuk. Cuma mereka agak terabai. Jika rose tak berbunga. Sakit. Dan mati. Aku yg salah. Jika anggerik dan orkid tak berbunga. Layu terkulai. Mati diratah unggas. Atau diserang penyakit. Aku yg bersalah.

Kini aku tak berapa sihat. Urat dan tulang temulang ku sakit seluruh badan . Jika bermain dgn tanaman ku.

Jadi untuk rasa tak bersalah. Pada diri ni dan pokok bunga ku. Jika ada kelapangan . Aku jaga dan belai mereka. Aku siram. Dan rawat mereka.
Aku dah cukup gembira kerana ada yg masih berbudi pada ku. Ini buktinya. Mereka berbunga dan masih hidup. Mereka membesar. Mereka tumbuh.


















No comments:

Post a Comment