Friday, October 25, 2019

Kerana terleka. Satu pasu orkid bulan ku tenat.

Kesibukan urusan kerja dlm minggu ini dari 20 hingga 24 OKT. 2019. Aku kepenatan utk melihat . Menyiram. Membelai sang Bulan. Maka Pd hari ini 25 OKT. 2019 satu orkid kesayangan ku hancur. Sehelai demi sehelai daunnya reput. Tinggal satu aja. Itupun dah kena reput pucuk. Sudah tentu akan mati juga.

Silap aku juga tak menjenguk dema. Cuai. Entahlah hidup atau tidak aku dah pasrah.
Tetapi dr. Pengalaman ku yg lepas. Ia akhirnya akan mati kerana rosak teruk di crown.

Tamat sudah satu riwayat.


Cerita bahagia ada juga. Pada hari  ini ada 4 pokok Sri Bulan aku dah keluar spike. Confirm dah ada 4. Yang pertama juga dah keluar spike baru. Yang nombor 2 & 3 dah keluar kudup bunga. Yang no. 4 dan 5. Dah keluar spike dlm 4  cm.












Pokok lain Sri bulan dah gemuk gedebong. Daun dan pucuk baru begitu mempersona. Yang sakit sedang pulih.
 Buktinya ada pucuk baru dan akar baru.







Kerana kasihan mereka. Aku hanya sempat membaja sri Bulan itu pun 3 jam. Dari pukul 4.00 ptg hingga 7.00 mlm.
 Sepatutnya aku guna 30 minit utk rawat mereka. Tapi tak akan sempat .akhirnya aku  basah akar dan daun cukuplah. Hari ini air kelapa kehabisan kerana  mungkin hari Depavali akan disambut  pd 27 OKT.. Jadi aku guna santan kemacar.

Harap tak jadi apa apalah. Wait anda see. Macam biasalah ramuan resepi baja DIY aku. Macam nak buat resepi bubur lambuk. Entahlah kalau orang lain mungkin lain lah caranya. Tapi dah terbukti pokok orkid aku yg lain juga berbunga. Bolehlah aku kongsi resipi nya nanti.
Aduh letihnya badan dan minda aku. Satu hari di hari Jumaat. Memang meletihkan. Urusan dunia dan hobi kena bergerak serentak.

Ini dah bukan hobi. Tapi satu pekerjaan menanam orkid.
Sekian jumpa lagi.

Aku tutup dgn rasa gembira bila Sri Bulan 1 masih sihat berbunga dan mengeluar spike dan bunga sentiasa.


Aku dah hitung semua pokok Sri bulan ada 30 pasu. Berita terkini pada hari ini 26.10.19. 5 pasu sedang berspike dan berbunga selepas keratan rantingnya pada bulan April. Sekarang musim tengkujuh. Jadi aku hanya bersantai sahaja. Hujan. Sejuk. Tengok ajelah bunga bunga ku. Bahagia dan tenteram di hati walau penat sedikit. 

Bunga bunga ku tak banyak tetapi perlu buat sistem syif utk uruskan mereka. Sekian tunggu bulan ke2 berbunga nanti aku update blog ini lagi.

No comments:

Post a Comment