Friday, May 31, 2019

Salam Pagi Jumaat Yang Syahdu.

               
               
              Assalamualaikum.. bertemu lagi kita di pagi Jumaat tanggal 31 Mei 2019. Seminggu lagi umat Islam akan menyambut Hari lembaran Yang Mulia.


Maaf zahir dan batin di pohon jika nukilan saya banyak yang tak sedap dibaca. Boleh abaikan sahaja coretan itu.


Selamat menyambut  Hari Raya semua Friends








Apa apa pun di pagi yang syahdu dan diberkati ini. Hujung minggu ini ... di sini aku melangkah mencari kembara hati... Disamping mengisi isi perut peti sejuk ku untuk santapan berbuka puasa....dan sedikit pencarian bahan untuk beraya... Last minit dah... Tapi masih sempat  membeli ole-ole untuk laman orkidku.

         Gambar ori dari my private handfone. My pasar tani jumaat Machang, Kelantan.

























Ni gambar pakcik Google. Bawah ni ye



Yang ni my private park . Gerai yg paling aku suka sangat lawat. Tak beli apa apa pun tak kisah. Janji boleh cuci mata. Gerai bunga.

































                       Tajuk : OPS Orkid Hutan.  Ya, itulah belian hari ini. yang berharga RM110.  Satu cymbidium, tiga orkid ekor tupai/musang, satu orkid berjuntai, dan dua orkid yang iikat diteras kayu.
Semuanya tak berbunga...Hodoh sahaja rupa mereka.... bila hati sudah mabuk cinta...yang hitam nampak putih dan gebu...yang montok... nampak comel dan cute...Nampak gaya berabad lagi lah kena tunggu bunga dema berputik .... kembang...dan mekar....SABARRRRR... Semuanya berharga serendah RM 15.00 dan  RM 18.00 sahaja.










                         Entah esok atau lusa... aku nak beli pokok apa pula. Mungkin orkid yang ezotik dan asli seperti di atas. Atau aku hanya merawat mereka yang ada.  Disamping itu banyak juga pokok pokok lain yg boleh di beli. tapi hati ini sudah kena sampuk dek orkid. mahal dan hodoh pun aku beli. Dah lah kena rawat secara insentif .... Masih awal remaja. Cuba tengok cymbidium aku ni dgn yg dulu.  Ibarat gajah dengan tikus... Yg tu harganya RM 65.00.  Yang ni harganya RM 18.00. Minat punya pasal. kantoi duit dalam dompet.  Aku hanya sempat ambil gambar bunga ros. walau ia cantik jelita dan angun. Ia tidak sesuai  di perkarangan laman orkidku. Tak rasi. takut mereka akan seperti yg ada di rumah ku.  Macam zombi adalah. Tak menyesal. Tak kecil hati. Dah ada sepasu dua pun dah cukup.


                      Jom layan gambar-gambar ku ini. (akan diupload selepas waktu berbuka puasa)
                              Ini gambar search internet. Berdasarkan rupa mereka. Dan firasatku.
Ini satu. sebab akarnya barselirat selirat. Warna muyskil . Tak tahu.

Ini juga mungkin sebab umbi semunya sama seperti tu. Daun sikit. Tapi tak apelah bunga apa
apa pun.  Dah jadi koleksi ku kini.

Yang ini confirm. Sebab ranting berjuntainya. tak pasti warna apa. Apa apa pun aku terima. Dah jadi family orkidku.

Ekor tupai/Musang. Pasti sebab Seller kata tiga warna. Putih, Pink dan Purple.

ranting berjuntai

ranting berjuntai

Ekor Tupai/ Musang kuning

Orkid Hutan tak tahu nama.



Ekor tupai juga bunga kecil-kecil comel.

Mungkin ni aku punya. Sebab dia kata orkid hutan.

Ini gambar dari pencarian aku di pagi Jumaat.  Tempat shopping barangan keperluan dan keinginan Ku...kadang-kadang tempat aku melihat sahaja.  Duit dah habis. nak beli apa. bawa banyak pun habis. Bawa sikit pun habis. Tak habis duit bila aku tak pergi situ aje.  Kadang-kadang aku puasa drp membeli.... Simpan utk tujuan besar. Shoping sakan.....Bungalah....

Untuk santapan mataku dan anda. Gambar bunga ku yg terkini.