Ini pula Mokara kedua yg mekar di teratak Orkid ku. Setelah si kuning minggu lepas
Ini satu lagi rezeki aku. Spike kedua telah muncul dan sedang berkembang. Tak lama lagi ia akan mekar. Agaknya sebagai pengganti kakaknya. Bunganya cantik tersusun rapi sejambak. Vanda spesis bunga kecil-kecil comel.
Dalam penantian. Ini juga anugerah Allah. Setelah sekian lama tak berbunga. Ia mengeluarkan spike yg sihat. Tunggu masa sahaja mekar. Banyak orkid ku yg tak berbunga. Dan banyak yg mati. Setelah ku tukar pasunya. Tambah media tanamnya. Bubuh baja. Dan kurangkan siraman ada nampak perubahan. Sekarang masa bertenang dan menunggu. Masa menjaga dan membelai. Bukan salah orkid aku mogok berbunga. Tapi salah aku yg sibuk buat renovation rumah. Tak sempat ambil peduli mereka. Akhirnya mereka terbiar. Kini semua urusan rumahku dah selesai. Maka masa untuk menjaga dan membelai mereka.
Harap-harap aku dpt muat naik gambar dema.
Syukur. Dah dapat gambar setelah puas cuba dan cuba. Maklumlah dah dekat 50 siri
Penantian satu menyeksaan. Orkid Butterfly/ Bulan belum lagi mengeluarkan spike sejak aku potong spike bunga yg telah berbunga dan kelihatan agak uzur. Aku mahu lihat spike dan bunga baru yg sihat dan segar spt mana waktu pertama aku belinya. Apa yg aku buat sekarang. Tunggu ajalah. Mungkin penghujung tahun ini ia akan berbunga. Atau tahun depan. Siapa tahu entah-entah esok ia keluar spike... Aduhai susah kalau dah gila bayang ni....
Hati ini sudah gembira walau bunga orkid ku tak berbunga. Jika hidup mereka sihat dgn akar yg subur, daun yg hijau berkilat. Ada perkembangan. Seratus tahun aku sanggup tunggu.
Tata...bye-bye....see you soon.
No comments:
Post a Comment