Sunday, May 26, 2019

Bunga Idaman Kalbu Menjelma.

                 Tajuk posting kali ini tentang bunga idaman ku yg ku cari dan ingin kan untuk Teratak Orkidku. Hari ini Isnin 27 Mei 2019. Awal-awal pagi kejutkan anak dgn alasan nak beli baju raya. Aku bawa 4 orang puteriku ke Pasar Senin Machang. Mula- mula ku bawa mereka pusing-pusing pasar tu utk lihat pakaian raya mana yg berkenan. Tapi mata aku dan kaki ini bawa aku ke tempat rahsia. Gerai Bunga. Agenda rahsia aku sebenarnya. Aku terus tangkap cinta dgn Big Vanda Berwarna Merah yg hampir menyamai ketinggian diri aku. Warnanya merah terang dan berbunga besar berbatang besar, berdaun besar semuanya besar belaka. Mungkin pokok ini sudah berusia lanjut tetapi masih awet muda. Dgn akar yag gebu dan panjang mengurai. Daun yg hijau lebar berkilat. Apa lagi aku rembat aje. Ke gerai lain tidak memungkinkan aku kerena orang bersesak sesak dan berbondong-bondong dgn hala tuju mesaing- masing. Setelah selesai misi hari ini baju raya 4 puteri dan bunga beraya. Aku dah rasa cukup gembira. Baju raya untuk diri ini tak ada sebab dah beli bunga untuk raya. Tak ape . Perkara enteng , baju tahun lepas masih bagus dan cantik. Tapi vanda merah jika tak beli , bila pula aku nak perolehinya.





                  Sempat juga aku beli sepasu cymbidium dan tiga pasu kemboja renit. Vanda berharga RM 28. Kemboja berharga RM 13 x 3 = RM 39. Cymbidium RM 17. semuanya RM 85. Diberi hadiah satu pekat baja kemboja dari Siam. Terima kasih kakak dan abang bunga. Walau hanya sepeket baja aku dah bersyukur. Semoga mereka dimurahi rezeki. Koleksi cymbidium, vanda dan kemboja semakin bertambah. Rasanya pokok pokok ini sahaja yg aku berkenan.  Walau aku melihat ada Ros tapi hati ini semakin sejuk tak hot lagi dgn mereka. Ada satu pasu Bonsai kemboja kuning  dijual dgn harga ummph mahal.  RM 125.00.  hati aku dah berubah kp kemboja kerana semakin besar dan cantik Bonsai Kemboja semakin mahal. Aku juga sudah merajuk dengan orkid Butterfly atau bulan. Lambat benar nak berbunga dah 2  bulan berlalu sejak aku potong tangkai bunga yg pertama dema.







                Jom layan gambar bunga bunga ku pada hari ini....(kena tungu giliran guna telefon sebab si Bongsu dah guna utk bergame)

No comments:

Post a Comment