Saturday, May 25, 2019

Selamat datang orang baru

Kecintaan ku pd bunga tak boleh dikira dgn wang ringgit. Jumaat yg sentiasa dinanti hadir dgn debaran. Ada rezeki kelmarin . Ada 6 pasu kemboja mini. Pelbagai warna. Satu pasu ada 2 pokok. Yg ni aku beri satu pd jiranku Kak Z. Begitulah aku. Tak sampai hati lihat dia , nak minta malu kot. Apa yg boleh aku beri, tak akan jadi aku fakir. Moga makin bertambah lah rezeki. Amin. Dia juga pemurah orangnya. Kalau tahi lembu, kelawar. Baja, Serkam padi dan tanah humus yg mahal. Ambil aje. Balas budinya tolong dia bajakan pokoknya. Bersihkan kawasan pasu nya dan sebagainya. Itulah diari dan cerita hobi Bertanam bunga. Seronok. Jika ia berbunga dan hidup subur. Kecewa jika ia mati dan atau dah ajalnya.
Jom layan gambar dema.


Dah sampai masa ia pergi dulu. Entah bila pula nak berbunga. Spesis orkid hutan dan cymbydium. Satu orkid Vanda bunga besar pink terang juga dah tamat riwayat nya. 


Ini ialah pokok sulung kemboja bunga merah darah ikan pekat. Masa beli dulu ia sama besar dan saiz dgn yg baru. Harga dema pasu kecil rm 10 aje. Bunga yg byk warna pink tu. Pasu besar rm 15. Oleh kerana aku belanja rm 85. Minta diskaun rm 5. Diberi. Tawar menawar. Adat berniaga.

Yg ni kemboja besar pink bercampur putih. Aku kutip tempat orang buang sampah. Dah hidup segar bugar. Tanam dlm pasu biar ia jadi bonsai.






Kemboja berkawad satu satu. Ewah! macam lagu Didi and friends. Sebenarnya aku susun juga pasu pasu lain sepanjang tebing longkang. Sebagai pagaran anak kecil ku yg selalu terbabas masuk dlm longkang. Boleh tahan sakitnya kalau jatuh. Boleh bayang ke? Suamiku pula tak suka . Sebab ganggu pergerakannya utk merawat paip air. Suamiku memang cerewat. Jika ada benda yg ganggu pergerakannya. Kalau boleh jangan ditanam pokok itu pokok ini. Nyamuk. Bahaya. Tapi aku cuba letak pasu-pasu dan pokok ku jauh dari tempat dia lalui. Aku buat derk aje.Jika dia membebel. Cepat-cepat aku alih ke tempat lain. Takut dia stress. Aku sayang dia lebih drp pokok bunga ku. Bunga boleh dibeli. Suami nak cari satu tak sama yg ada. Sabar aje dgn kerenah dia.





Habis pasu dema aku letak batu spres. Buat penghalang hakisan siraman. Takut baja dan tanah hilang tanpa dikawal. Cantik juga kalau lihat dari jauh. Deko deko pokok.

No comments:

Post a Comment