Saturday, May 25, 2019

Kelmarin Hari Bermain Hujan

Hujan turun di sore hari  Jumaat kelmarin. Kedenganran cukup bagus . Aku teringat bahawa air hujan ini pengubat sakit dan banyak khasiatnya. Jadi aku bawa anak anak ku ke tepi pagar untuk diberi mandi air hujan. Walau pun tak lebat hujan nya turun ia dah cukup utk membasah daun daun seri bulan ku. Aku belum pernah biar ia bermandi hujan. Takut terkena selsema. Terus busuk daun dan akar. Tak apelah  cubaan pertama. Aku mandikan mereka sekejap aje. Takut demam pulak. Tapi ini kerja yg cerewet. Macam budak-budak main main pondok.
 Jom lihat gambar mereka yang ceria selepas bermain hujan.







Rupanya harga orkid bulan ini bergantung kepada kecantikan bunganya. Apabila bunga gugur ia dah tak berapa ummph lagi. Jika berbunga harga dema RM30 sepasu . Jika mandul hanya RM 10. Baby bulan pulak RM 4 sahaja. Tapi aku tak berapa berminat nak tambah koleksi. Rumah mereka dah sempit, bersesak sesak,  berhimpit himpit. Nak buat rumah baru. My Hubby dah beri warning. Jangan tambah lagi. Sebab aku ni suka berkhayal di lewat senja kadang-kadang azan maghrib baru naik rumah. IA BILA AKU BALIK KERJA SIAP SEMUA URUSAN AKU DUDUK DIBUAIAN SAMBIL MELIHAT BUNGA-BUNGAKU. wwalau tak ada bunga , aku tenung juga ....






Dah jadi macam nursery orkid. Sengaja aku susun dan letak ia di sini. Biar stress.Biar kena cahaya matahari. Biar ia berbunga. itu aje. Nak suruh dema berbunga. Kondisi mereka pun sihat dan segar. Cuma kena banyak bersabar. Rindu nak tengok dema berbunga lagi spt dulu.
 










Ni pokok di tepi pagar. Tak boleh pindah. Sebab sudah pajak tapak lot. Sekali sekala aje aku jegah. Bukan laluan ku. Lagipun ia terlindung.

Pokok orkid aku yg dalam pasu tanah liat. Aku mandikan dgn air tadahan hujan. Tak kuasa nak angkat dan letak susun mereka kembali. Berat. Aku dah hampir 50 siri. Jaga tulang belakang takut sakit urat. Nanti siapa nak jaga dan siram mereka semua. kasihan anak-anak ku nanti.


















Kadang -kadang aku ni jenis yg gila-gila . Malam ke petang ke tengah hari ke tambah-tambah pagi. kalau dah bermain tanah, baja dan racun. Aku tak kisah benda lain. malam tadi aku sempat tukar tempat orkid mokaraku  ke tempat lain. Susun sini. Susun sana. Dah jadi hobiku. Kadang-kadang aku letak tempat asalnya semula. Taman ku tak cantik mana pun. Bunganya pun tak banyak. Setakat ada ada sahaja. Bak kata orang tua...cukup cukup makan aje..... buat pencuci mata

Dah bertukar pulak. Gambar terbaru berdasarkan tarikh terkini. Ada ada kerja nak buat.









































Sekian. Jumpa lagi di siaran akan datang. Noktah.

No comments:

Post a Comment