Sunday, December 30, 2018

Pertualang Cinta. Hatiku sudah terbahagi Dua.

Cinta itu buta. Cinta pandang pertama. Jatuh cinta. Semuanya
tentang hati aku yang tak boleh setia pada cinta yang satu. Hatiku sudah berbagi dua.

Dulu sebelum seri bulan, hatiku milik seri Rose. Cinta pandang pertama orang kata susah untuk hilang di lubuk hati. Nostalgianya kekal abadi.

Jadi hari ini , aku nak kongsi minat ku pada seri Rose. Bukan dah jemu pada orkid , cuma ada perkara menarik sedang berkembang di taman hati ini.

Tunas tunas baru mula terbit di dahan dan ranting bunga rose. Hari berganti hari tunas tunas baru semakin banyak.  Pucuk pucuk muda terlihat. Maka aku sebagai "mama" harus memantau perkembangan ini.

Horey, horey sukanya hati aku. Nanti aku boleh lihat rose mekar di taman ini. Tapi kini mak ooiii, bila nak tunggu tu. Lama lagi . Aku bukan penunggu masa tapi pengejar masa.

Alih alih pergi pasar tani aku borong bunga rose yang dah berkembang . Tarikhnya pada 28.12.2018. Aku harus catat supaya aku tahu bila mereka datang ke teratak ku .

Selesai satu penantian. Bunga rose mekar dan harum semerbak. Kaki aku bukan ke pondok orkid tapi ke pasu bunga rose pulak. Itulah cerita aku pada hari ini. Jahat ke aku ni? Kenapa tak setia pada yang SATU.

Jom layan gambar orang baru Rose ku the lagend. 


🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
..................Nantilah aku muat naik bila free. Tangan aku dah jadi macam tangan 🐙 .Banyak nak kena buat..... Kerana akulah pendamping untuk my boss. Oleh kerana dia spesis orkid "Bulan" tahu tahu sajalah tugas kita. Kalau anggerik Desa, senang cerita. Pandai bawa diri.

Bye... Aku nak ke lautan hati, to do my first job. Esok dah nak sekolah. 1.1.2019. Horey Horey seronoknya .... Nak sambut new year. Horey Horey kerja pun banyak. Banyaklah Horey. Dah jumpa lagi.







Wassalam.....

Friday, December 28, 2018

Mengejar Bulan di pagi Jumaat. Biarkan gambar berbicara

Assalamualaikum. Cak ahh! Jumaat datang lagi.  28.12.2018. Alhamdullillah ,aku masih diberi kesempatan menghirup udara yang nyaman. Setelah lama tak hujan, semalam hujan turun dengan lebat. Begitu juga pada petang ini, hujan turun sehingga menerbitkan sang pelangi yang cantik. Baru lepas berkhayal dengan bungaan ku di tamanku.

Diari orkid bermula dengan kembara memburu racun, baja dan seri Bulan di mana. Tempat kegemaranku pasar tani M.

Tapi yang bestnya aku sempat menyunting seri Rosie. Sebagai pelengkap  taman ku. Oleh kerana tertarik dengan wangian rose yang semerbak kubawa pulang dema sebagai ole ole.

So. Mission  pertama memburu racun serangga. Baja spray pun ada.Baja bunga pink (butir). Kos rm55.

Mission kedua. Mengintai seri bulan di gerai 2. Alhamdullillah entah apa mimpi ada yang aku berkenan. Dapat 2 pasu. Harga rm100. Opss lupa , bunga rose pun aku rembat. 12 pasu aja.Rm200. termasuk satu pasu keladi love.

Mission yang terakhir ke gerai faberet. Mencari harta karun Bulan. Di sini, pertama aku teropong mana yang belum ada. Cantik mak ooiii. Rambang biji mata. Boleh sasau aku. Asyik tersengih sengih pilih memilih akhir  terbang  rm 300 (10 pasu bunga besar)
Baja spray 3 botol rm 30. Seterusnya rm 200 untuk pokok
bunga kecil . Beli tray satu.rm 5. Satu lagi free. Yang bestnya dapat free gift bunga  pasu baby. So cute. Minta minta lah baby panjang umur.

Esok lah kalian tengok gambar dema. Hari ini aku letih sangat. Sebab Jumaat hari gawat. Tangan kaki fikiran dan emosi mesti pantas bergerak. Akhirnya aku lihat si Bongsu dah tertidur sebelum maghrib. My bestnya body guard  in these world. Teman aku di mana aku berada. Dan kami sempat bermain hujan sambil berpayung.Dah boring asyik tengok bunga baik kami main hujan. Bye. See you tomorrow.


Wednesday, December 26, 2018

Menaik taraf rumah tumpangan orkid




Hai, selamat bersiaran kembali...diari orkidku pada hari ini 26.12.2018 hari Rabu ialah berkaitan dengan rumah orkid. Dalam post-post aku sebelum ini jika anda perasan , rumah orkidku kecil aja. Rumah orkid Bajet nama diberi. Sesuai dengan bajet ciput yang aku mampu milik. Walau banyak gambar-gambar menarik tentang rumah orkid, aku lebih suka membuat projek DIY untuk rumah orkid yang baru. Segala bahan yang ada ialah barang-barang kitar semula peralatan rumah aku yang dalam proses ubah suai. Yang baru hanyalah net yang aku tunjuk dalam posting sebelum ini. Semua kerja-kerja ini aku buat sendiri, hubby tak sihat, anak-anak dah kena virus smart phone  dan internet.
Malah pada hari ini juga aku sempat memandu kereta baru yang dibeli hubby. Jangan jeles, kereta itu hanyalah jenama kereta TOLAK roda SATU. Dapat juga aku siapkan isi batu dan tanah ke dalam 2 buah tayar bekas tanamanku.

Nanti aku tunjuk gambar rumah baru kelak. Kenapa aku kena buat rumah baru untuk orkid?. Betul tekaan teman-teman. Kepadatan penghuninya . Pokok-pokok orkid aku sudah berhimpit-himpit dan bersesak-sesak di dalam rumah yang lama. Sehinggakan senang sahaja orkid -orkid bulan  dan orkid spesis lain aku dijangkiti penyakit. Rumah lama ni juga dihuni oleh spesis alien  iaitu macam-macam pokok. Nanti  anda tengok sendiri gambarnya.

Pun begitu aku sempat buat touch-up rumah orkid lama yang sesuai dengan habitat orkid bulan. Aku gelapkan kadar pencahayaan dan memasang baju hujan . Jadi tempat ini sesuai untuk si manja Bulan tetapi bukan untuk anggerik desa, orkid pandan, orkid serai, vanda, merpati, mokara, hutan dan sebagainya yang suka kepada cahaya matahari. Mereka ini akan naik rumah baru pada esok hari. Hari ini tak sempat berpindah rumah. Projek yang aku buat tu sampai malam hari. Terpaksa berhenti untuk urusan keluarga dan akhirat. Hobi, hobi juga ,jangan sampai melampau batas sudahlah. Kelak kita sendiri yang susah. Aku bercadang hendak ke pejabat esok untuk urusan kerja ku. Entah lah tak janji bila boleh urusan perpindahan my beloved orchids. Apa-apa pun tunggu dan lihatlah gambar yang aku kongsikan.

Oleh kerana New Year 2019 sudah hampir, rasa-rasanya  aku perlu stop di posting ini. Jika ada orkid baru yang masuk ke dalam family , aku  akan selit saja mereka dalam mana-mana posting sebelumnya.

Akhir kalam. Sekian terima kasih kerana
sudi membaca cerita ku dan singgah di blog yang tidak seberapa ini. Nak berpatun sedikit. Jangan marah. Wassalam

💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖


💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖




Tuesday, December 25, 2018

Rumah tumpangan jadi-jadian

Ini bukan sebarang rumah atau home stay, tetapi tempat teduhan bagi menanam orkid. Jika dah terlalu over sampai melimpah ruah pasu-pasunya, maka orkid @ anggerik memerlukan tempat yang sesuai. Di sini beberapa contoh rumah orkid yang anda boleh kongsi. Suka hatilah nak pilih mana yang sesuai dengan bajet anda. Oleh kerana aku dah ada satu. Ia dah cukup membahagiakan aku. Barulah official rasa hati ini. Mana-mana rumah teman aku mesti ada rumah orkid jika mereka peminat orkid

Sedikit info menarik tentang rumah orkid dari trnet.


Keperluan Persekitaran Orkid
Pencahayaan dan suhu adalah dua faktor utama yang memainkan peranan yang amat penting di dalam menjamin pertumbuhan yang baik bagi tanaman orkid.
Penghasilan bunga juga bergantung kepada keperluan suhu persekitaran, pencahayaan dan jangkamasa. Orkid seperti Phaleonopsis, Dendrobium, Cattleya dan Oncidium akan berbunga dengan baik sekiranya ditempatkan di kawasan yang redup.
Berlainan pula bagi orkid jenis Vanda, Ranthera, Mokara dan Aranda yang akan berbunga dengan baik apabila didedahkan dengan cahaya matahari secara berterusan pada peringkat matang.
Bagi kawasan tropika, keperluan cahaya tidak menjadi masalah yang ketara. Orkid memerlukan cahaya sekurang-kurangnya 10 jam sehari sehingga 14 jam sehari.
Cara terbaik untuk memberikan cahaya kepada orkid adalah dengan mewujudkan keadaan yang sama sebagaimana habitat asalnya iaitu hutan rimba.
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengawal kadar pencahayaan bagi orkid.
Penggunaan rumah teduhan amat digemari oleh para peminat tegar orkid.
Rumah teduhan ini menggunakan net atau jaring hitam yang mempunyai ketelusan cahaya pada kadar 50 peratus. Teduhan juga boleh diwujudkan dengan cara menempatkan orkid di bawah pokok-pokok yang bertindak sebagai naungan.
Cara ini sekali gus mampu menghasilkan dekorasi laman gabungan bersama orkid dan tanaman landskap yang lain.

Jom layan gambar-gambarnya.......

                                            Tanam di kawasan ori. Yang banyak pokok @ hutan


                                               Habitat asal atas pokok kayu







                                                       Rumah tumpangan


























Jom belajar .... Apa itu Orkid @ Anggerik

PENANAMAN  ORKID DALAM  PASU / BEKAS
                                                                                                                                         


        1.0   PENGENALAN

         1.1  Tanaman Orkid .
                 
 Orkid adalah  makhluk Tuhan. Ia mengeluarkan Aura   dan menjadikan  manusia   menjadi tenang. Lebih -  lebih lagi  bagi hamba yang makrifat kepadanya.

Di Malaysia terdapat lebih dari 100 genus orkid, 808 spesis dan lebih 2 000  jenis orkid kacukan. Orkid mempunyai potensi yang besar di pasaran antarabangsa Penanaman secara kemersial adalah digalakkan.

1.2  Sifat-sifat umum orkid.


i.    Keluarga : Orchidaceae

ii.   Sifat-sifat bunga orkid :

a. Di bahagian luar terdapat 3 kelompok sepal sepusar dan 2 kelopak petal di dalamnya.

b.Kelopak petal yang ke tiga  berubah suai menjadi labelum seperti lidah.

c.Di pangkal bibir terdapat kolum yang mengandungi cepudebunga di bahagian atas dan stigma di bahagian tengahnya. Rujuk rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid


Rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid


iii.  Sifat-sifat akar orkid

Akar orkid adalah  lembut, mudah patah, berlendir dan agak melekit. Bentuknya meruncing di bahagian hujung.  Jenismonopodial memiliki akar udara bewarna hijau, hijau keputihan atau kuning kecoklatan. Akar  ini berfungsi menyedut air  terus daripada udara.

iv.  Terdapat dua jenis  akar tanaman orkid :

a.      Akar serabut
b.      Akar udara



1.3    Jenis-jenis orkid

        Terdapat dua jenis orkid (mengikut cara pertumbuhan), itu :


i.              Orkid simpodium    -                                   ii. Orkid Monopodium
          Contoh : Dendrobium,                                   Contoh :  Vanda, Arachnis 
              Cattleya dan                                                  Mokara .
              Oncidium,                                                     
                                          Rujuk rajah 2:                               Rujuk rajah 3:                                   





2.0 MENGISI MEDIA TANAMAN ORKID KE  DALAM  PASU /  
      BEKAS

i.    Tujuan/faedah  mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas.

a.     Memberi sokongan yang baik kepada akar
b.     Membekalkan  nutrien yang mencukupi kepada  tanaman
c.     Menyediakan saliran yang baik kepada tanaman
d.     Menyediakan  pengudaraan yang baik.

ii.  Kaedah mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas

Media  pemasuan tanaman  orkid yang sesuai digunakan   adalah mengikut habitat asalnya  .Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan dalam pemasuan  orkid  dan kaedah mengisimedia tanaman ke dalam pasu/bekas adalah mengikut  jenis media yang digunakan.
a.    Kaedah mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu/bekas

Pecahan batu bata merupakan salah   satu media yang popular digunakan dalam pemasuan  dan mudah didapati. Ianya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat.  Pecahan batu bata dicampur sekali bersama dengan pecahan arang.
Teknik mengisi  ke dalam pasu / bekas adalah seperti berikut ;
·      Mula-mula  batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu diangkat dan dikeringkan.
·      Batu batu dipecahkan kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu/bekas.
·      Pecahan yang bersaiz besar diletakkan  dalam pasu  di bahagian  bawah , diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
·      Tanam orkid di letak di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
·      Kemudian isi sehingga penuh batu bata dan campuran arang di dalam pasu.
Nota : Pangkal orkid  simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya  terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
Rujuk gambar 4 : Mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu


Gambar 4 : Mengisi Pecahan
batu bata ke dalam pasu

b.   Kaedah mengisi pecahan arang ke dalam pasu /  bekas

Arang adalah  media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat dan digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik mengisi arang ke dalam pasu  :
·           Arang direndam selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada  kayu bakau yang tumbuh di tepi laut ).
·           Arang disiram menggunakan aliran air  supaya sisa garam dapat dibuang.
·           Isi arang ke dalam pasu  seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.

c.    Kaedah mengisi serbuk kayu ke dalam pasu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. Teknik mengisi ke dalam pasu :
·           Serbuk kayu yang ingin digunakan direndam di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan  keringkan.
·           Habuk kayu dimasukkan ke dalam bekas tanaman.
·           Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah,   media pasuan dicampur dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
Nota:  ( Serbuk kayu boleh di campurkan  bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)

d.   Kaedah mengisi perlite ke dalam pasu
Perlite  mudah dikendalikan, ringan dan tahan lama. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah.  Media ini boleh mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh  penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
·           Perlite disiram dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan  keselamatan.
·           Kemudian  isikan ke dalam pasu sehingga penuh.
·           Benamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.

e.   Kaedah mengisi Sphagnum moss ke dalam   pasu / bekas

Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid  epifit pada bekas/ tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
·           Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Diangkat dan dibiarkan sehingga ia  terasa lembap.
·           Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu .

f.   Potongan batang paku pakis gajah.

Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau.  Media ini amat sesuai untuk tanaman secara gantung.
Teknik menggunakan;
·  Batang paku gajah dipotong mengikut kesesuaian  orkid yang hendak di tanam.
·  Orkid dilekatkan di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid . Biasanya tali rafia  digunakan kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.


g.   Tunggul kayu

Media ini sesuai untuk  tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah.  Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit  atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.


h.   Potongan dahan tembusu

Media ini digunakan untuk menanam orkid daripada  famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Orkid  lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.

i.   Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Iaitu  terdiri dari campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1.  Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.

iii.      Mengalas dasar pasu / bekas

Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pelbagai jenis pasu. Pasu untuk tanaman hiasan hendaklah mempunyai lubang yang cukup dan saiz lubang saliran yang cukup luas supaya larian tidak tersekat. Sekiranya larian air  tersekat, air bertakung di dalam pasu, dan ini boleh merosakkan akar-akar  tanaman hiasan.
     Oleh itu bagi memperbaiki pengudaraan  dan saliran serta menggelakan tanah campuran keluar melalui lubang pasu  ,  pecahan pasu  atau pecahan batu bata digunakan. Caranya ialah dengan mengatur serpihan pasu atau  pecahan batu bata / batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebihkurang 4 cm tebalnya  iaitu satu pertiga  ukuran tinggi bekas .Susunan janganlah  sampai menutup lubang pasu. Rujuk rajah 5  : Cara melapik dasar pasu dengan serpihan pasu
                        


                Contoh Orkid :

Info ini akan diedit bila free aja. Sumber dari makcik Trnet. Enjoy reading. Thank you.