Tuesday, December 18, 2018

 πŸ’₯ Post ini aku nak tunjuk gambar

 si dia BULAN....dipagar Bintang.  πŸ’₯

   πŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈ   
 
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Tips tentang orkid bulan/butterfly/phals


SELEPAS PEMBELIAN

      Perkara 1--- Jangan tukar pasu selepas baru membeli pokok. Biarkan sahaja pokok itu di dalam pasunya. Kalau beli Orkid Butterfly biasanya pokoknya dalam pasu plastik , JANGAN tukar pasu.
Biarkan sekurang kurangnya selama 2 hingga 4 minggu.. Pokok pun masih lagi 'terkejut' sebab tukar persekitaran dan pencahayaan yang berbeza dari nursery ke rumah anda..biarkan ia relax dan biasakan diri nya dengan persekitaran rumah anda dahulu.

      Perkara 2 --- Jangan letakkan baja bila baru beli. kenapa? Sebab kebanyakkan nursery menggunakan pelbagai jenis baja untuk memaksa pokok berbunga cepat dan lebat. Jika anda membaja sejurus selepas membelinya, akibatnya pokok akan mati kerana terlampau banyak baja bercampur.

      FLUSH --- Selepas beberapa minggu dibeli, barulah lakukan flushing. Flushing ialah proses mencuci dan buang sisa baja dari nursery. Langkah pertama ialah mandikan pokok dan buangkan semua akar dan daun kering, kemudian tukarkan dengan medium baru. Baru letakkan baja anda. 









Perkara 3 --- Jangan Siram air pada akar -- ini akan menyebabkan akar mereput sebaliknya HANYA spray/sembur air pada daun dan akar jika medium kering.


PENJAGAAN POKOK 

 Anda cuma perlu tahu bahawa pokok orkid ini tidak perlu perhatian yang banyak.

Sebenarnya, pokok orkid ini senang di jaga. Tak perlukan perhatian yang melampau, tak perlu disiram selalu dan tidak perlu pencahayaan yang banyak. 

 Orkid Butterfly pula boleh diletakkan di dalam rumah sebagai penyeri dalaman rumah anda.termasuklah bilik mandi dan tandas.

Orkid Butterfly 
 tidak suka pada cahaya matahari, tetapi sangat suka pada pencahayaan lain seperti lampu. Jadi pemilik orkid ini bukalah lampu anda seberapa lama yang mampu siang dan malam lah, 

2 minggu sekali tu, mandikanlah pokok anda. Mulakan aktiviti ini di siang hari. pada masa matahari ada.
Jangan buat time hujan dan lembap.
Lepas siram keseluruhan pokok, biarkan diluar sekejap supaya air lebihan dapat kering dengan mudah. 

Medium juga perlukan pengudaraan yang baik supaya akar dapat bernafas. 
Yang menggunakan medium seperti moss, perlu ingat moss tidak boleh terlalu banjir. ia akan menyebabkan akar rosak dan akhirnya pokok akan mati. 
Kemudian, lapkan bahagian daun yang masih ada takungan air lebihan supaya daun tidak terkena jangkitan. (tompokan hitam pada daun).

PEMBAJAAN

Selepas memandikan pokok, bajakan lah ia dengan kadar yang sepatutnya sahaja. Jangan letak baja terlampau banyak. Akar orkid ini isensitif. Ia mudah rosak, mudah reput dan mudah dijangkiti penyakit. 
Oleh itu, adalah disyorkan menggunakan arang dicampurkan sedikit bersama medium(contohnya moss). Arang mempunyai kandungan anti bakteria yang boleh menjamin tumbesaran akar yang baik.

Selepas mencampurkan arang mix bersama medium lain seperti bata atau sabut, taburkan lah sedikit baja ke atas medium di sekeliling akarnya.(Seeloknya gunakan baja spray-berasaskan cecair)

SPIKE BUNGA

Jangan terlalu cepat kerat spike bila bunga dah gugur. Tunggu sehingga ia betul-betul dah kering. Sebab kebanyakkan spike akan berbunga 2x sebelum kering sepenuhnya. Kuantiti bunga akan berkurangan dari yang pertama, tapi tetap ada.
Jika anda potong spike sebelum ia berbunga untuk kali ke dua..rugilah.



MANA NAK SIMPAN POKOK ?

Anda perlu tahu, penjagaan pokok orkid di Malaysia tidak sama seperti diluar negara. Malaysia beriklim panas dan hujan sepanjang tahun dan bukan negara berhawa 4 musim. Oleh itu, anda perlu tahu mana nak tempatkan pokok orkid anda dengan betul. Bagi Butterfly, simpankan ditempat yang redup dan sejuk, manakala orkid jenis yang lain boleh lah diletakkan di tempat yang mempunyai sinaran matahari supaya ia dapat hidup dengan baik. Ada sesetengah pokok orkid yang lebih suka"full sunlight"  dan ada yang hanya suka "medium sunlight". Ingat ! Too much will kill it..Too little wont make any difference..

MEDIUM YANG SESUAI

Penggunaan medium yang sesuai untuk negara yang beriklim khatulistiwa adalah medium Arang dan bata.
Ia lebih peroi dan mempunyai ruang udara untuk akar yang sihat.Pada musim hujan, air tidak mudah bertakung dan tidak menyebabkan akar pokok reput. Pada musim panas pula, akar mempunyai peredaran udara yang mencukupi supaya tidak terlalu panas and tidak mudah lemas.

Penggunaan sabut kelapa baik, tetapi mudah menarik perhatian semut dan serangga yang lain. Jadi tepuk dada tanya selera! Kalau it's okay for you to deal dengan semut ..maka gunakanlah sabut. Kalau tak suka semut pada orkid anda, lebih baik jangan gunakan sabut kelapa.

Bagi yang baru tanam keratan, jangan lah siram air pada pokok dari atas daun. Sebaliknya hanya spray air ke atas akarnya/mediumnya.
Jangan biarkan air bertakung kerana ia belum mempunyai akar baru dan tidak establish lagi untuk menahan kandungan air yang melampau.

Jika menggunakan medium moss khasnya untuk orkid Butterfly, anda tidak perlu kerap spray air pada musim hujan. titsan air hujan sudah cukup memadai. Persekitaran pokok akan menyerap wap air dan titisan air. So, tak perlulah buat apa. Pokok yang menjimatkan air pemiliknya.

Anda perlu ingat dan pastikan air yang bertakung pada daun pokok orkid butterfly perlu dikeringkan/dilap supaya pucuk tidak mati./reput.  


SERANGAN KUMBANG DAN SERANGGA PEROSAK

Setiap pemilik orkid perlulah memastikan kawasan simpanan orkid sentiasa bersih dari daun daun kering..
Buangkan daun orkid yang sudah kering. Jangan koyakkan dari pokok, ia akan menyebabkan pokok dijangkiti kuman. Sebaiknya alihkan dengan perlahan, ia akan terkeluar dari pokok jika ia benar2 kering. Ataupun anda boleh gunakan gunting yg bersih /stril untuk membuat cantasan.
Sentiasa pastikan gunting yang anda gunakan adalah bersih. Hanya cuci dengan sabun dan celupkan ia di dalam air panas dan biarkan gunting sejuk sebelum menggunakan nya.
Jika malas nak buat, jangan gunakan gunting tersebut untuk benda lain. Khaskan hanya untuk cantasan orkid.
Gunakan baja yang betul dan penjagaan yang baik boleh memastikan serangga perosak tidak menghampiri pokok anda...
Akan tetapi, sekiranya ada juga serangga perosak yang merosakkan bunga atau pokok jadi gunakanlah racun perosak pada pokok dengan berhati-hati. Spray pada pokok orkid dalam kadar satu kali setiap 2 minggu.




No comments:

Post a Comment