Saturday, December 15, 2018

Sejak dua menjak



Hello peminat orkid. sejak dua menjak ini banyak RM aku telah melayang, terbang ke poket si penjual orkid. Bulan ni saja aku beli 6 pokok orkid butterfly. Yang bestnya, orkid itu dah besar, ada bunga lagi. Kelak aku upload gambarnya. Cantikkkk tentu kalian jelesss. Oleh kerana ini catatanku. Aku nak bagi tahu reganya. RM 30 X 6 = RM 180. Bertarikh 14.12.2018. Walaupun nanti mereka ini akan pergi tak kembali. Aku nekad juga nak bela dema-dema walau sekejap. Ada yang dah kena fungus.Insyaallah minta ia selamat.           Gambar bawah ini aku google aje. tak pandai upload dari iphone. Dah lama aku mencari si comel ini baru sekarang aku berjumpa mereka. Ibarat orang mengantuk disurung bantal. Aku tak pandai jaga orkid jenis ini.  Tapi nak cuba juga bela...


gambar google dari tnet

Pada 10.12.2018 aku beli 2 orkid tanah. Punyalah giler pada spesisnya. Mahal mak oii. Kalau lihat rupanya kecil benar tak berbaloi. Udahlah kecil aku kongsi dengan Kak Z pulak. Best neighbourku. Kalau dia beli orkid, dia kongsi dengan aku. Begitulah ceritanya.Boleh katakan banyak dah aku "sedekah orkid-orkid ku" pada dia.
Nak kasi tahu reganya. RM 22 X 2 = RM 44. Tapi yang bestnya udah ada bunga satu pelangi yellow and purple, Bunga kecil sebab "Dia" kata spesis hibrid. satu lagi  big yellow macam jenis orkid tanah purple yang aku punya 3 pasu giant. Agaknya dah 3 tahun umur dema tu. Besar rimbun. 





          Namanya orkid pinang
Bulan Ogos lalu tak ingat dah tarikhnya. Aku beli dua cateleya. Dua-dua warna purple. satu bunga kecil dan satu lagi bunga besar. Harum bau mereka seperti melur. 







Bunga vanda ekor tupai aku beli juga. Walau tuan empunya diri macam nazak, tapi oleh kerana aku gilerkan bunganya yang cantik itu terbanglah duit. lupa dah harganya,tapi tak mahal mungkin  RM 20. Kena banyak sabar untuk rawatnya supaya sihat.Sampai hari ini belum berbunga lagi.Kena banyak sabar jugalah nak tunggu ia berbunga lagi Satu lagi vanda hibrid putih harum juga baunya. Harga RM 22.






Tarra itu aje lah buat masa ini. Selamat berjumpa kembali

No comments:

Post a Comment