1.0 PENGENALAN
1.1 Tanaman Orkid .
Orkid adalah makhluk Tuhan. Ia mengeluarkan Aura dan menjadikan manusia menjadi tenang. Lebih - lebih lagi bagi hamba yang makrifat kepadanya.
Di Malaysia terdapat lebih dari 100 genus orkid, 808 spesis dan lebih 2 000 jenis orkid kacukan. Orkid mempunyai potensi yang besar di pasaran antarabangsa Penanaman secara kemersial adalah digalakkan.
1.2 Sifat-sifat umum orkid.
i. Keluarga : Orchidaceae
ii. Sifat-sifat bunga orkid :
a. Di bahagian luar terdapat 3 kelompok sepal sepusar dan 2 kelopak petal di dalamnya.
b.Kelopak petal yang ke tiga berubah suai menjadi labelum seperti lidah.
c.Di pangkal bibir terdapat kolum yang mengandungi cepudebunga di bahagian atas dan stigma di bahagian tengahnya. Rujuk rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid
Rajah 1 : Morfologi Bunga Orkid
iii. Sifat-sifat akar orkid
Akar orkid adalah lembut, mudah patah, berlendir dan agak melekit. Bentuknya meruncing di bahagian hujung. Jenismonopodial memiliki akar udara bewarna hijau, hijau keputihan atau kuning kecoklatan. Akar ini berfungsi menyedut air terus daripada udara.
iv. Terdapat dua jenis akar tanaman orkid :
a. Akar serabut
b. Akar udara
1.3 Jenis-jenis orkid
Terdapat dua jenis orkid (mengikut cara pertumbuhan), itu :
i. Orkid simpodium - ii. Orkid Monopodium
Contoh : Dendrobium, Contoh : Vanda, Arachnis
Cattleya dan Mokara .
Oncidium,
Oncidium,
Rujuk rajah 2: Rujuk rajah 3:
2.0 MENGISI MEDIA TANAMAN ORKID KE DALAM PASU /
BEKAS
i. Tujuan/faedah mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas.
a. Memberi sokongan yang baik kepada akar
b. Membekalkan nutrien yang mencukupi kepada tanaman
c. Menyediakan saliran yang baik kepada tanaman
d. Menyediakan pengudaraan yang baik.
ii. Kaedah mengisi media tanaman ke dalam pasu / bekas
Media pemasuan tanaman orkid yang sesuai digunakan adalah mengikut habitat asalnya .Terdapat beberapa jenis media yang biasa digunakan dalam pemasuan orkid dan kaedah mengisimedia tanaman ke dalam pasu/bekas adalah mengikut jenis media yang digunakan.
a. Kaedah mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu/bekas
Pecahan batu bata merupakan salah satu media yang popular digunakan dalam pemasuan dan mudah didapati. Ianya digunakan untuk menanam orkid epifit dan orkid memanjat. Pecahan batu bata dicampur sekali bersama dengan pecahan arang.
Teknik mengisi ke dalam pasu / bekas adalah seperti berikut ;
· Mula-mula batu bata hendaklah direndam di dalam racun kulat selama semalaman. Selepas itu diangkat dan dikeringkan.
· Batu batu dipecahkan kepada saiz besar, medium dan kecil mengikut kesesuaian pasu/bekas.
· Pecahan yang bersaiz besar diletakkan dalam pasu di bahagian bawah , diikuti dengan bersaiz medium dan kecil.
· Tanam orkid di letak di atas permukaan pasu. Jangan timbus pangkal orkid anda. Untuk tegakkan orkid yang tinggi, boleh gunakan kayu pancang sebagai sokongan.
· Kemudian isi sehingga penuh batu bata dan campuran arang di dalam pasu.
Nota : Pangkal orkid simpodial tidak boleh ditimbus semasa menanamnya kerana dipangkalnya terdapat beberapa mata tunas yang akan membentuk anak kelak.
Rujuk gambar 4 : Mengisi pecahan batu bata ke dalam pasu
Gambar 4 : Mengisi Pecahan
batu bata ke dalam pasu
b. Kaedah mengisi pecahan arang ke dalam pasu / bekas
Arang adalah media yang popular dan mudah didapati di kedai kedai runcit. Digunakan untuk orkid epifit dan orkid memanjat dan digunakan bersama dengan pecahan batu bata.
Teknik mengisi arang ke dalam pasu :
· Arang direndam selama semalaman untuk membuang garam. ( kerana arang diperbuat daripada kayu bakau yang tumbuh di tepi laut ).
· Arang disiram menggunakan aliran air supaya sisa garam dapat dibuang.
· Isi arang ke dalam pasu seperti menggunakan pecahan batu bata untuk langkah seterusnya.
c. Kaedah mengisi serbuk kayu ke dalam pasu
Biasa digunakan sebagai media yang diletakkan didalam pasu atau batas untuk menanam orkid jenis memanjat. Teknik mengisi ke dalam pasu :
· Serbuk kayu yang ingin digunakan direndam di dalam racun kulat semalaman. Angkat dan keringkan.
· Habuk kayu dimasukkan ke dalam bekas tanaman.
· Letakkan orkid di atas media. Jika menanam orkid yang hidup ditanah, media pasuan dicampur dengan tujuan untuk membekalkan bahan organik di dalam tanah apabila ia mereput.
Nota: ( Serbuk kayu boleh di campurkan bersama dengan media lain seperti pecahan batu bata, arang, tanah pasuan dan perlite)
d. Kaedah mengisi perlite ke dalam pasu
Perlite mudah dikendalikan, ringan dan tahan lama. Sesuai untuk orkid epifit dan orkid yang hidup ditanah. Media ini boleh mengurangkan risiko penyakit disebabkan oleh penyiraman melampau.
Teknik menggunakan:
· Perlite disiram dengan air supaya ia basah sebelum mengendalikannya. Ini adalah untuk tujuan keselamatan.
· Kemudian isikan ke dalam pasu sehingga penuh.
· Benamkan orkid sehingga menutup rizomnya. Ini tidak memudaratkan kerana perlite masih memberi rongga udara.
e. Kaedah mengisi Sphagnum moss ke dalam pasu / bekas
Media yang popular dibuat sebagai lapisan untuk menanam orkid epifit pada bekas/ tunggul kayu dan potongan dahan tembusu. Ia mampu meyimpan kelembapan dengan lebih lama. Ada juga penanam menggunakan 100% sphagnum moss yang diletakkan di dalam pasu untuk menanam orkid genus phalaenopsis. Ini untuk mengekalkan kelembapan lebih lama kerana orkid jenis ini tidak mempunyai bebawang untuk menyimpan air.
Teknik menggunakan;
· Sphagnum moss yang hendak digunakan direndam di dalam larutan racun kulat semalaman. Diangkat dan dibiarkan sehingga ia terasa lembap.
· Isikan ke dalam pasu atau tampalkan kepada tunggul kayu .
f. Potongan batang paku pakis gajah.
Media ini juga amat digemari oleh penanam orkid kerana ia boleh menyimpan air dengan lebih lama dan mengelakkan kesan buruk daripada penyiraman melampau. Media ini amat sesuai untuk tanaman secara gantung.
Teknik menggunakan;
· Batang paku gajah dipotong mengikut kesesuaian orkid yang hendak di tanam.
· Orkid dilekatkan di atasnya dengan menggunakan tali yang tidak mencederakan orkid . Biasanya tali rafia digunakan kerana ia akan reput setelah orkid hidup dengan stabil pada media tanaman.
g. Tunggul kayu
Media ini sesuai untuk tanaman orkid secara gantung. Ia lebih cepat kering berbanding dengan potongan paku pakis gajah. Ia mudah diperolehi di dalam hutan,di ladang-ladang sawit atau di tepi sungai.
Teknik menggunakan sama seperti menggunakan potongan batang paku pakis gajah. Boleh diletakkan sedikit Sphagnum moss untuk melambatkan kadar kehilangan air selepas siraman.
h. Potongan dahan tembusu
Media ini digunakan untuk menanam orkid daripada famili Bulbophyllum dan Phalaenopsis. Orkid lebih cepat hidup stabil apabila menggunakan media ini. Ia mempunyai kulit yang tebal yang mampu menyimpan air lebih lama.
i. Tanah campuran
Orkid yang hidup di tanah memerlukan media ini. Iaitu terdiri dari campuran tanah kompos, perlite dan sekam padi pada kadar 1:1:1. Ini dapat memberi kadar saliran dan pengudaraan media yang amat baik kepada akar orkid.
iii. Mengalas dasar pasu / bekas
Tanaman hiasan boleh ditanam di dalam pelbagai jenis pasu. Pasu untuk tanaman hiasan hendaklah mempunyai lubang yang cukup dan saiz lubang saliran yang cukup luas supaya larian tidak tersekat. Sekiranya larian air tersekat, air bertakung di dalam pasu, dan ini boleh merosakkan akar-akar tanaman hiasan.
Oleh itu bagi memperbaiki pengudaraan dan saliran serta menggelakan tanah campuran keluar melalui lubang pasu , pecahan pasu atau pecahan batu bata digunakan. Caranya ialah dengan mengatur serpihan pasu atau pecahan batu bata / batu-batu kasar berlapis-lapis sehingga lebihkurang 4 cm tebalnya iaitu satu pertiga ukuran tinggi bekas .Susunan janganlah sampai menutup lubang pasu. Rujuk rajah 5 : Cara melapik dasar pasu dengan serpihan pasu
Contoh Orkid :
Info ini akan diedit bila free aja. Sumber dari makcik Trnet. Enjoy reading. Thank you.
No comments:
Post a Comment