Assalaimualaikum. Salam perkenalan dari ku buat kalian semua. Aku ialah seorang peminat orkid. Sudah lama aku simpan ceritaku di hati. Kini tiba masanya aku ingin berkongsi kecintaanku terhadap orkid atau anggerik.
Walau pun begitu, aku juga
mencintai bunga - bunga lain. Cuma orkid ini ada aura yang sangat power di hatiku.
Cerianya sukar aku ungkapkan. Kecantikannya sukar ditandingi. Ketabahannya untuk mengharung pancaroba hidup begitu kental. Jadi nanti ada cerita -cerita selingan.
Kini tanggal 15 Disember 2018 akan aku jadikan detik permulaan kepada blog ini. Segala coretan ini akan aku abadikan sebagai sebuah diari orkidku. Info-info
di dalam blog ini aku kumpul dan petik daripada blog trnet. Bukan tujuan untuk menciplak hasil nukilan orang, tapi sebagai satu perkongsian dan tempat rujukan aku. Jadi aku mohon maaf ya, minta halalkan.
Koleksi orkid ku tidaklah banyak. Namun begitu wang ringgit sudah banyak ku laburkan. Tapi tak apa hobi punya pasal. Redha ajelah. Spesis bunga bunga lain banyak dah pupus di taman ku. Itulah asal usul cerita ku ini....Orkid aje yang masih ok aje....
No comments:
Post a Comment