Thursday, December 20, 2018

Bershopping lagi...Tapi bukan di Mall. Hanyalah di pasar tani bandarku aje.

        Selamat pagi semua. Hari ini ialah Jumaat. 21.12.2018. Aku ingin catat beberapa perkara sahaja di dalam diari orkidku. Pertama janji semalam dah hangus. Ingat lagi apa janji aku? Jangan tambah orkid.
     
  Hari ini aku ke sana untuk mencari racun serangga dan kulat orkid. Jumpa si bulan, dendrobium mini dan vanda mini campur sikit kaktus. Lupa dah hajat aku. Yang dicari terlupa nak beli, yang lain dibeli bukan dalam senarai di jinjit  balik penuh tangan.
      
      Nanti petang aku upload gambar mereka. Tunggu ya.

     Walau pun si bulan itu ada 2 kuntum aje bunga aku rembat juga, yang lain masih ok lah bunga dema, cantik. Umur mereka pun sama dengan si bulan yang aku baru beli kalau tak silap mereka lahir bulan Mei 2018.Ada ditulis pada bekas media tanam si bulan. Warna...putih bersih, kuning bersih, purple berbatik (beri pada Kak Z) , purple gelap besar, pink muda dan putih berbintik purple (sama yang kena serang dengan kulat nanti boleh buat pengantinya lah).2 pokok yang tak berbunga tapi dah matang. Jumlah mereka semua 8 pokok. satu pokok harga rm25. Minggu lepas mahal sikit sebab masih wau CANTIK rm 30. Yang 2 lagi dogel tak berbunga minta diskaun dapatlah rm 13. campur nugget orkid yang besar satu dan 4 botol baja cecair subur dan berbunga. (Beri pada Kak Z- 2 botol). Habis semua duit RM200.
      
     Shopping gerai ke- 2, mini dendorium 6. Satu harga RM7, Jumlah 40, campur bakul baja pelbagai warna cam pelanggi RM10. Habis RM 50. 
       
    Shopping gerai terakhir Vanda yang aku berangan semalam, cuma ada satu aje RM28. Campur satu beg tanah. 6 besi sangkut baby dan 6 mini kaktus (Rm 7 satu pasu yang kecik, yang besar RM15). Terbanglah duit lagi RM 80++. Itu aje untuk bajet hari ini.

    Balik dari pasar tani sempat pulak renovate rumah bulan,  potong botol serkut buat pasu, sumbat dendorium (Kalau salah eja , harap maaflah) dalam pasu alien. Tak sempat nak ejes. Hari jumaat hari paling gawat. Pergi rumah Kak Z renovate tempat orkid bulan nya. Buat cara bodoh aje guna rak yang terpakai , kasi makeup sikit , letak pasu kaktus dan ocidium. Wah.. Nampak bergaya , cun dan comel. Kak z, memanglah spesis orkid "neighbour" yang aku sayang. Tanpa nya siapalah aku, tempat berborak dan mengumpat tentang "BUNGA" nanti aku tunjuk gambar nya.

    Ok sampai sini saja, lain kali berjumpa lagi. Wassalam.

Masa untuk berkongsi gambar .

















No comments:

Post a Comment