Monday, December 24, 2018

Ikhtiar hidup untuk seri Bulan. Agi idup agi menglaban


Akan aku cuba usaha tangga jaya untuk selamat seri bulan. Tunggulah esok , kita lihat apa ikhtiar aku. Berkorban apa saja demi bulan. Selamat malam

Pada 25.12.2018. pagi pagi lagi aku jenguk anggerik bulan. Aduh makin banyak yang kena attack dengan kulat. Bertompok  tompok hitam kelihatan. Itulah nak suruh sangat depa berkenalan dengan saudara mara. Rupa rupanya anggerik desa yang lain dah banyak kena fungus(kulat) . Dah berjangkit. Yang buruk daun akibat terkena titisan atau curahan hujan pun ada. Yang kena buruk akar pun ada sebab siram pokoknya macam kangkung.Dah tengok layu ingat kurang air itulah tak ikut petua siraman anggerik bulan. Siram sekali seminggu sahaja atau spray sahaja pokoknya .Pagi ni semua dema nampak sedih, sakit barangkali

So today. First things I have to do is......Jom layan blog aku dengan gambar gambar  aku yang tak cantik pun



First. Susun tayar buruk bekas tanaman aku ke tempat yang sesuai. Banyak gunanya. Nanti boleh cat ia kasi cantik dan colourful. Berangan aje cuti akhir tahun dan nak habis, sempat ke?

Second things is. My projek orkid. Buat apa ya. Jom layan sekejap




Aku guna baja hijau untuk pembesaran dan kesuburan. Aku guna spray satu liter. Aku guna satu sukatan tudungnya sahaja. Baja bunga warna pink tak sempat untuk hari ini. 2 hari lagi aku boleh spray yang pink. Hari ni juga aku spray racun yang Hubby beli di DIY. Fokus pertama misi rascue seri bulan. Kena racun awal awal pagi atau
Waktu petang ,itu peraturannya.

Semua orkid bulan aku spray dari kepala sampai kaki mereka.
Sebab dah ada macam macam penyakit yang aku lihat. Waktu spray racun ini dah hampir tengah hari. Terpaksa langgar pantang. Tadi awal awal main golek tayar . Keluarlah peluh jantan betina. Exercise percuma. Bak kata pepatah badan sihat otak cerdas.

2  atau 3 hari lagi baru boleh sembur baja subur pada seri bulan. Yang aku sembur tadi untuk baby orkid. Bapa orkid. Mak orkid.

Habis sebotol racun ni aku guna untuk bulan, kampung dan my beloved rose. Selingan tentang Rose... Aku tanam dah agak lama 3 atau 4 bulan. Masa beli cuma rm18 sepokok gemuk dan bunganya besar besar. Sekarang batangnya macam lidi penyapu. Daun pun tak ada.  Bunga pun lagi tak ada. Tak boleh spray baja subur. Pantang larang kena ikut. Tunggu gilirannya.

Nampak net hitam. Nak tambah pada rumah orkid. Tapi dah panas sangat . Kena tunggu dulu petang nantilah. Dah siap tangga baru untuk renovationnya. Waitlah dulu. Cuaca ni panas sangat tak hujan dah . Dekat seminggu dah macam ni. Sepatutnya hujan berek berek.

Ini gambar seri orkid yang bertajuk" hari ini dalam sejarah"

Masa beli. Dema ni kecik aja baru peringkat remaja. Tapi daunnya kecil tak macam yang kini. Dua bulan jaga. Kak Z punya keluar kudup. Aku punya. Macam atas RIP dah. Hujan datang membawa berkat sepatutnya. Tapi bukan  pada bulan Disember ia akan terus mati. Tak sempat nak tengok "seri" nya.

Jadi inilah pesakit yang perlu insentif care. Jom layan.








Aku hanya mencuba setakat aku mampu.Aku rujuk video you tube. Aku rujuk info info dari pakcik google. Yang buruk akar tak sampai hati nak bongkar dari media tanam. Tengoklah kalau nazak .kerana terpaksa kena buat juga telanjangkan akarnya. Lepas tut gunting yang buruk dan ikat di pokok macam merpati. ... Tunggulah dulu sebab baru beri racun. tunggu dan lihat dulu. Orang puteh kata wait and see.

Habis sudah sesi rescue bulan. Masa untuk berehat. Baru aje nak ambil shower. Tuannya pun kena  basmi daripada racun . Kan Tubik kes baru. Masalah  problems lain pulak . Kak Z bawa orang baru ke rumah. Nak balas budi kot. Aku belanja dia orkid semalam 3 pokok aje aku bayar 2/3 daripada kos.Yang 1/3 dia bayar sendiri.

Siapa itu......cuba teka. Siapa orang baru. Bulan? Si Desa atau siapa.....Taaa daaaa. Orkid Pandan. Habitat asal atas pokok. Orkid liar lah ni. Bunga macam merpati berjuntai tapi panjang tangkainya hampir 2 kaki dan kelompok bunga kuning yang besar. Macam orkid Tiger. . .
Kena tunggu lama lagi sebab dema masih kecil remaja. Apa apa pun thanks you kak Z. I - love - U.

Tak tahu macam mana rupa bunganya. Ini gambar google trnet aje.




Aku ni bukan sahaja  seorang peminat orkid, juga seorang blogger yang suka  renovate blog, pantang ada masa ,akan ada renovation pada blog ini. Kerana ini bukan sebuah blog official, melainkan sebuah blog yang boleh memberi info, perkongsian catatanku dan hiburan.

Jadi sekarang masa untuk meraikan si Anggerik Bulan dengan dendangan penyanyi tersohor. Jom layan.




No comments:

Post a Comment