Wednesday, December 19, 2018

Masalah problems di taman orkidku






Hai . Apa khabar semua. Semoga kalian sihat dan sejahtera . Hari ini 20.12.2018. Hari Khamis . Diari ini akan berjalan mengikut mood aku. Jika free ada time boleh aku berfantasi dengan orkid@ anggerik ku .

Apa nak tulis ya. Aku nak kongsi cerita berkaitan dengan tajuk post pada hari ini. Masalah problems orkid yang menyerang taman orkidku.

Masalah yang paling besar yang sedang mengancam kedamaian dan kesejahteraan orkid "Hubby" tak lain tak bukan ialah" Bugs" yang sedang tekun menjalankan duty dema. Secara tak langsung turut mengancam kebahagiaan saudara dan saudari atau my baby orkid yang lain. Nanti aku show rupa mereka.





Hansem mereka ini, kuat kerja. Spesis bugs yang positif. Lagipun aku sedang menrenovation "Pondok Seri Anggerik"  untuk sedikit keselesaan buat penghuninya. Bajet aku pun ciput aje, tapi belum siap lagi, masih ada satu bahagian yang belum sentuh tu. Keadaan bergantung kepada datang atau tidak "kumbang" ini ke taman aku. Jadi aku kena banyak bersabarlah. Bak kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. "Sakit" bagi aku ialah emosi ini terganggu. Maklumlah kena banyak jaga hal-hal yang aduh.....Saudara saudari boleh fikir sendirilah.

Cerita di atas itu sebagai selingan aja. Hari ini aku buat macam-macam kerja untuk orkid kesayangan. Pertama jemur mereka, Ini kerana pasu dan media tanam mereka terlalu basah. Dari awal pagi sampai sore hari, aku dera mereka kepanasan. Ada yang dah reput akar dan batang. Aku ambil dan buat repotting. Patutlah kecik tak besar-besar pun sejak tanam mereka. Akarnya dah reput.

Ada daun dan tangkai bunga yang rosak aku potong. Ada yang dah rest in peace, aku buang aje buat menyemak pasu dia aje. Media tanam dan pasu yang bermasalah aku basuh dan simpan. Aku buang separuh daripada pasu -pasu bunga "alien" yang bukan sejenis bangsa mereka. Letak tempat lain. Jadi pondok orkid itu lebih luas dan selesa. Tak sampai hati nak buang semua bunga "alien", tempat untuk mereka nak tumpang berteduh tak ada parkir. Kena tungu 2019....Lama lagilah....Aku dah letih, penat takut nanti tenat aje...Nak uruskan si orkid ini.

Aku tak bercadang untuk menambah kuantiti mereka kerana kekangan tempat, masa, tenaga dan yang penting bajet. Cukup sampai di sini aje..Besarkan yang mana dah ada. Boleh percaya ke... Tak boleh percayalah!....Kejap lagi tengok orkid cantik pasti flying away leh my money.... Vanda yang besar bunga belum ada..Yang ada tu dalam keadaan "ICU". Kalau dapat satu ke, dua ke, tiga...... Alangkah bahagianya.

Dulu 3 tahun yang lalu vanda - vanda ku memang banyak, begitu juga dengan spesis lain. Oleh kerana bawaan si bongsuku. Aku jadi benci pada semua orkid, malah semua bunga. Aku sedekah semua orkid dan bunga yang lain pada sesiapa sahaja. Sekarang anakku dah besar , minat tanam dan pelihara orkid dan bunga lain muncul kembali dan makin berkembang sejak dapat sebuah pondok orkid yang cute.  MAKA AKU BERJANJI AKAN SENTIASA MENJAGA DAN MEMELIHARA ORKIDKU HINGGA AKHIR HAYAT INI. Aku tak ingin beri pada sesiapa pun lagi. Bukan kedekut tetapi ia adalah kenangan ku. UBAT penghilang STRESS yang paling mujarab. Sekarang ini kalau letih atau tertekan aku akan lihat bunga-bunga ditamanku  sambil belai dan bercakap dengan mereka.
Mak nenek panjangnya diari ku.

Aku nak upload gambar kerja buat ku hari ini.  Oh si Bulan pun aku dah letak kat taman. Tak guna penjarakan mereka. Kalau ada rezeki aku, hiduplah mereka. Cuma kena perlu lebih "caring" terhadap mereka.  Kelompak-kelompak bunga mereka pun dah berguguran setiap hari. Dah adat dunia, ada yang hidup ada yang mati. Jangan stress.... Tak baik untuk kesihatan....Itulah penguat dan semangat yang aku pupuk di hati dalam menanam orkid . Mengantuk dah esok ajelah muat naik gambar. Bye.See you soon..

                                                                 

Hari untuk berkongsi picture. 20.12.2018. Hari Jumaat. 8.00 pm




Jemur kain bersama orkid.

Tempat dema kosonglah sekejap


Hasil tangan ku.
Perbandingan dengan rupa yang jelita.










No comments:

Post a Comment