Monday, December 17, 2018



Hai. Buat apa tu teman?. Hari ini 17.12.2018 hari Isnin. Aku secara tak sengaja buat pemasuan anak anak orkid yang sejemput tu.

Ingat nak sapu dan bersihkan rumah orkid aje, tapi entah macam mana dari pagi sampai sore hari, itulah kerja aku .

Walau tak banyak mana pun tapi ia meletihkan. Dalam hujan di bulan Disember aduh cukup menguji diri ini. Sakit seluruh sendi ini. Tapi kerana minat dan kecintaan ku. Biar hujan, biar badai aku siapkan juga.

Yang lain tu aku buat giliran esok ke lusa ke atau bila free. Pemasuan semula harus dibuat takut induk orkid yang sejemput tu pupus aduh duit lagi kalau beli baru. Sayang mereka tu macam anak anak akulah .

Esok tangkap gambar mereka yang dah dipasu tu. Harap harap hujan tak lebat mana..Jadi selamat malam, udah pukul 12.00 malam masa untuk tidur.


No comments:

Post a Comment